Ahad, 1 Julai 2012

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Sassy MP » Blog Archive » Kerajaan Selangor Mengambil-alih <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2012 02:30 AM PDT

Wakil-wakil daripada Sekolah SJKC Tchi Min di Sungai Pelek (berada di kedua-dua belah saya) dan saya di sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Pusat DAP, Pudu.

Kenyataan Akhbar YB Teresa Kok, Exco Kerajaan Negeri Selangor Pada 29 Jun 2012 di Kuala Lumpur

Mesyuarat MMKN Selangor pada 27 Jun 2012 telah meluluskan keputusan pengambilan tanah di sebelah SJKC Tchi Min di Sungai Pelek untuk menyelesaikan masalah kekurangan ruang untuk penambahan bilik darjah yang telah lama dihadapi oleh sekolah tersebut.

Pentadbir Tanah Sepang mula menerima permohonan tanah daripada lembaga pengarah sekolah tersebut sejak Februari 2010. Pada waktu itu, pemegang amanah sekolah tersebut memohon satu ekar kawasan lapang di hadapan pintu besar sekolah tersebut dengan tujuan penambahan bangunan bilik darjah bagi sekolah tersebut.

Walau bagaimanapun, permohonan untuk kawasan lapang oleh sekolah tersebut ditolak kerana kawasan lapang itu adalah tanah lapang yang banyak digunakan oleh penduduk di Sungai Pelek. Pada tahun lepas, Menteri Besar Selangor mengarahkan Pejabat Tanah Sepang untuk mendapatkan tanah di persekitaran sekolah tersebut bagi sekolah tersebut.

Pada waktu yang sama, saya juga pernah meminta rakan saya untuk menghubungi tuan tanah di sebelah sekolah supaya menjual ataupun memberi tanah mereka kepada pihak sekolah. Tetapi usaha pejabat tanah Sepang dan saya untuk mendapatkan tanah bagi SJKC Tchi Min telahpun gagal.

Memandangkan tiada cara lain untuk membantu SJKC Tchi Min, kerajaan Negeri Selangor kemudian terpaksa menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk mengambi-alih lebih kurang 1 ekar daripada tanah kosong di sebelah sekolah tersebut, iaitu lot 99 (0.9981 ekar) dan lot 100 (1.6324 ekar) di Pekan Sg Pelek, untuk kegunaan penambahan bangunan bilik darjah bagi sekolah tersebut.

Sama seperti kes yang lain, kos pengambilan dan kos ukuran tanah akan ditanggung oleh pihak sekolah tersebut, tetapi kerajaan Negeri Selangor akan membantu sekolah itu untuk memungut dana seberapa yang boleh.

-Teresa Kok-

Untuk laporan berita lanjutan, sila rujuk:-

Selangor use Land Acquisition Act to help SJKC Tche Min

州政府援引法令徵地 智明華小圓擴建夢

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads