Sabtu, 11 Ogos 2012

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


SYABAS Sengaja Tak Selenggara Rumah Pam Supaya Wujud - Addin

Posted: 02 Aug 2012 03:48 PM PDT

SHAH ALAM, 1 Ogos ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan,krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan.
"Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya."Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ... bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran.Antara kawasan yang terjejas dengan situasi berkenaan adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, iaitu Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Juara Jaya, Taman Harmoni Indah, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya, Taman Seri Jati, Taman Putera Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, dan Taman Sri Pulai dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya.Sementara dua kawasan lain di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Kampung Tengah dan Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan."Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas ini untuk menyalurkan air, dan Syabas akan membayar kos ini kerana mereka gagal menjalankan tugas mereka.Kesal dengan tindakan itu, Ronnie menegaskan, tindakan Syabas itu menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit tidak menerima bekalan air terawat yang mencukupi.Sehubungan itu, Ronnie turut menggesa Syabas agar mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kolam air yang terjejas.Pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan juga akan membuat laporan polis berhubung keadaan rumah pam berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku."Syabas seharusnya mengganti motor dan pam yang rosak supaya bekalan air di kawasan yang terjejas mencukupi," katanya lagi. -TMI

Syabas Sangkal Dakwaan Gagal Selenggara Rumah Pam <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2012 05:47 AM PDT

Syabas Sangkal Dakwaan Gagal Selenggara Rumah Pam Di Taman Putra Budiman, Balakong

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Syabas gagal menyelenggara rumah pam di Taman Putra Budiman, Balakong sehingga menyebabkan masalah gangguan bekalan air di sekitar kawasan itu serta Seri Kembangan.

more » mStar Online: Berita

Tags : , , , , , , , , ,

DIHALAU OLEH JIN SIHIR <b>DI BALAKONG</b> - RAWATAN GURAH <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2012 06:26 PM PDT

Ahad tadi saya ke Balakong untuk merawat seorang pesakit wanita yang dibelenggu masalah sihir hampir 5 tahun lamanya.Simptom yang beliau hadapi ialah sering sakit kepala,sering mimpi ada rakan yang ingin menikam beliau dan macam-macam lagi.Dipendekkan cerita,saya terus meruqyah pesakit dengan memegang ubun-ubun dan pesakit mulai menggigil dan gelisah.Setelah 10min dibacakan ruqyah pesakit menjerit-jerit kepanasan dan mulai menutup telinga..saya pun mulai menekan-nekan bawah telinga pesakit,lantas pesakit yang sedang kerasukan mulai bangun dan menyerang saya sambil menjerit-jerit menghalau saya keluar...Kemudian pesakit lari kedapur dan terbaring diatas lantai..saya masih lagi meneruskan bacaan ruqyah pada air mineral diruang tamu dengan kuat.Pesakit semakin mengerang kesakitan di dapur,setelah 15min saya tamatkan bacaan ruqyah dan menyuruh suami pesakit sedarkan isterinya dengan menyapu air ruqyah pada bahagian muka dan memberi isterinya minum segelas air ruqyah.Pesakit sudah mulai sedar,dan pesakit merasa panas amat sangat dibahagian kerongkong setelah minum air ruqyah tadi.Setelah beberapa hari minum dan mandi air ruqyah bersama perahan limau purut serta ais,pesakit ada sms saya yang beliau muntah beberapa kali,dan ini petanda jin sihir sudah keluar beransur-ansur dari badan.Pesakit saya nasihatkan untuk mencari 2 botol besar air yasin tahlil malam jumaat di surau berhampiran untuk dibuat minum supaya cepat sembuh,rawatan tamat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads