Isnin, 17 September 2012

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK <b>BUKIT LANJAN</b> KALI YANG

Posted: 27 Jun 2012 05:28 PM PDT

Pada hari Ahad lepas bersamaan dengan 24 Jun 2012 telah berlangsung acara Temasya Sukan Tahunan SKBL kali yang ke 29 bertempat di padang Desa Temuan Bukit Lanjan. Temasya kali ini telah dirasmikan oleh En. Norazman bin Jamalim YDP PIBG SK Bukit Lanjan. Pelbagai acara telah dijalankan termasuk acara olahraga, sukaneka, acara ibu bapa dan pegawai kejohanan. Acara sampingan untuk mengutip dana PIBG juga diadakan iaitu cabutan nombor bertuah dan meneka biji tembikai susu. Ramai ibu bapa dan penduduk sekitar Desa Temuan telah hadir dan kelihatan sukan tahunan pada tahun ini berlangsung dengan meriah dan jayanya. Tahniah kepada adik Mikail Sarakit dan Anis Usof kedua-duanya daripada Rumah Biru kerana menggondoli anugerah Olahragawan dan Olahragawati SKBL pada tahun ini. Syabas kepada Rumah Merah kerana memenangi perbarisan terbaik serta sekalunh tahniah kepada Rumah Kuning kerana muncul sebagai rumah sukan terbaik keseluruhan. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan manakala yang kurang bernasib baik, cuba lagi di tahun hadapan.
ADMIN : Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Temasya Sukan Tahunan pada tahun ini : guru-guru, murid, PIBG, ibu bapa dan tidak lupa juga guru-guru pelatih IPGKBM yang banyak membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads