Sabtu, 22 September 2012

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Parti Sosialis Malaysia Semenyih: PROTES AIR <b>DI KAJANG</b> <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2012 07:00 PM PDT

TOLAK SYABAS - KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT
12 Ogos, Kajang - Pada pagi ini lebih kurang 50 orang penduduk dari Kajang dan Semenyih mengadakan bantahan terhadap SYABAS dan sebagai tanda sokongan supaya pengurusan air di Selangor diambilailh oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sejak kebelakangan ini berlaku masalah bekalan air di Balakong, Kajang dan di Semenyih di Taman Manikavasagam, Flats Sri Tanjung, Bandar Rinching dan Taman Hiew Piow. Ini adalah taktik kotor SYABAS untuk menipu rakyat dan mensabotaj Kerajaan Negeri supaya ia dapat meneruskan pembinaan loji rawatan Langat 2 bernilai RM8.6 bilion yang disokong oleh Kerajaan Persekutuan.

TIDAK KEPADA SYABAS!

MILIKNEGARAKAN BEKALAN & PERKHIDMATAN AIR DI SELANGOR

Jaringan Rakyat Tertindas menuntut kepada Kerajaan Selangor untuk mengambil alih SYABAS dari pengurusan swasta dan mengurusnya sendiri. JERIT menuntut sedemikian kerana , SYABAS dibawah pengurusan pihak swasta dengan jelas tidak mengutamakan keperluan dan kebajikan rakyat sebaliknya mengutamakan keuntungan.

Sejak bekalan air di Selangor diswastakan , rakyat Selangor mengalami banyak masalah seperti air tidak bersih, catuan air dan gangguan bekalan air. Bukan itu sahaja pada masa, terdapat gangguan bekalan air, kurang inisiatif dari pihak Syabas untuk menghantar lori air terutamanya ke kawasan luar bandar. Akan tetapi kalau hendak naikkan tarrif air, bukan main cepat dibuatnya malah pelbagai helah digunakan. JERIT juga pernah mengendalikan banyak kes di mana bekalan air dipotong apabila pengguna terutamanya rakyat miskin tidak mampu membayar bil air. Air adalah hak asasi manusia yang wujud dari sumber alam semulajadi. Jadi, menafikan bekalan air terumatanya kepada golongan miskin atas dasar mengaut keuntungan adalah satu pencabulan hak asasi manusia. Air tidak boleh dimiliki secara swasta dan dijadikan komoditi demi keuntungan. Di Negara Peranchis terdapat undang-undang di mana pihak yang membekalkan air harus mendapatkan perintah mahkamah dan tidak boleh memotong bekalan air dengan sewenang-wenangnya.

Fenomena menswastakan bekalan air berlaku secara berleluasa di seluruh dunia. Dua agen kapitalis iaitu Bank Dunia (World Bank) and International Monetary Fund (IMF) sedang menggalakkan penswastaan bekalan air melalui syarikat Eropah dan Amerika Syarikat. Ini dilakukan melalui perjanjian perdagangan dan syarat pemberian pinjaman hutang kepada Negara yang sedang membangun. Program telah bermula sejak awal 1990an dan bermula di Negara seperti India, Bolivia, Chile, Argentina, Nigeria, Mexico, Australia, Filipina dan termasuk Malaysia. Hampir kesemua Negara di atas mengalami masalah yang sama setelah penswastaan berlaku – kualiti air semakin merosot dan tariff air semakin meningkat.


Air bukanlah alat politik untuk digunakan dalam permainan politik mahupun komoditi untuk dijual beli. Ia adalah sumber alam yang penting untuk manusia hidup. Maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membekalkannya dan bukan syarikat swasta.

JERIT menyokong hasrat Kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan air kerana hak air Selangor akan dikembalikan kepada rakyat Selangor. Kerajaan Negeri Selangor juha berjanji bahawa rakyat Selangor tidak perlu menanggung hutang dan kerugian syarikat konsesi.
Oleh itu, JERIT menyeru agar kerajaan Selangor mengambil alih bekalan air bagi Selangor demi menjaga kebajikan dan keperluan rakyat. Jangan biarkan syarikat swasta untuk melelongkan hak rakyat.

Simon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads