Rabu, 12 September 2012

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Shafie Nor: Lelaki Palestin ditemui mati <b>di Sepang</b>

Posted: 09 Aug 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Seorang lelaki Palestin yang bekerja dengan sebuah syarikat pelancongan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur ditemui mati di tepi jalan berdekatan Jeti Nelayan Kampung Tanjung Rhu, Sungai Pelek, Sepang.

Mayat lelaki berusia 25 tahun itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan pada jam 8 pagi Isnin lalu. 


"Terdapat kesan luka dan lebam pada badan mayat lelaki itu dan polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki itu menetap di sini sejak setahun lalu.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads