Jumaat, 21 September 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


UMNO Online - Kerajaan <b>Negeri Selangor</b> Perlu Bertanggungjawab <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 01:46 AM PDT

Kategori Berita Pilihan

Kerajaan Negeri Selangor Perlu Bertanggungjawab Atas Janji Dan Manifesto PRU12

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh & Azhan Ahmad

SHAH ALAM, 12 September – Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab terhadap pelbagai tuntutan rakyat yang mahukan janji-janji mereka semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 ditunaikan.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata kerajaan negeri perlu menunaikan semua janji dan manifesto yang mereka buat dengan pengagihan sama rata dalam memberikan air kepada semua rakyat tanpa mengira duduk di rumah flat, teres atau rumah banglo dan perlu membayar kembali mana yang belum mereka lunaskan.

"Mereka bertindak lain daripada yang dijanjikan sedangkan pelaksanaan air percuma telah dibuat di negeri Selangor selepas pakatan pembangkang memerintah Selangor ini tetapi malangnya mereka memilih-milih kumpulan yang menerima air percuma ini.

"Saman ini dibuat oleh kumpulan yang tertindas atau mereka yang teraniaya dengan tindakan kerajaan negeri kerana tidak mendapat air percuma, 20 meter padu seperti yang dijanjikan, nilainya RM11.40."

Kumpulan pertama 711 pengguna air Selangor telah menfailkan saman tuntutan kepada Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar dan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) semalam kerana Menteri Besar menyatakan bahawa manifesto bukan satu janji.

"Ramai yang sudah berhubung dengan kita, selain memberikan respon balas di website GPRS dan blog www.hasrat-selangor.blogspot.com , daripada blog, maklumat yang kita dapat akan dikumpulkan dan kumpulan ini makin bertambah dan mereka perlukan khidmat guaman dari rakan-rakan peguam untuk failkan. Kerajaan negeri juga telah menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk disaman.

Tegasnya, gerakan ini akan berterusan setiap masa dengan melibatkan kumpulan yang berbeza, dari apartmen-apartmen dan perumahan yang berlainan di kawasan dalam negeri Selangor yang dianggarkan lebih dari 689,000 unit.

"Kalau 50 bulan, lebih kurang RM570 untuk satu pemegang akaun. Kawasan perumahan yang telah kita kenalpasti di Petaling Jaya ada 479 kawasan perumahan, Klang ada 273, Gombak (462), Hulu Langat (84), Kuala Langat (10), Hulu Selangor (23), Kuala Selangor (7) dan Sepang (40). Jumlah keseluruhan 1,378 kawasan perumahan.

"Kita minta satu keadilan dan ketelusan seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri untuk 'negeri berkebajikan' kononnya, tolong prihatin dan peka terhadap permintaan rakyat Selangor.

"Mereka tak minta lebih, mereka tak minta kurang, mereka minta hal mereka diambil peduli, hak yang patut mereka dapat dalam manifesto yang dijanjikan," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 4:46 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads