Isnin, 1 Oktober 2012

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Orang Muda, P Kamalanathan Calon BN <b>Hulu Selangor</b>

Posted: 15 Apr 2010 02:18 AM PDT

Kategori Berita Lain

Orang Muda, P Kamalanathan Calon BN Hulu Selangor

BUKIT SENTOSA (Hulu Selangor), 15 April – Orang muda berusia 44 tahun, Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, P Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor, 25 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan kepada kira-kira 7,000 pemimpin dan penyokong, hari ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN membuat keputusan itu setelah berbincang dengan semua pihak di dalam BN.

Muhyiddin berkata, Perdana Menteri berpesan PRK Hulu Selangor amat penting kepada negara kerana ia bakal menentukan masa depan bersama, bukan sahaja Hulu Selangor, tetapi seluruh negara.

"Oleh itu, Perdana Menteri berpesan supaya semua peringkat jentera BN mestilah datang berkempen di Hulu Selangor, bekerja keras, tumpukan perhatian hanya untuk memastikan BN menang," katanya.

Muhyiddin berkata, adalah menjadi tanggungjawab bersama yang amat penting untuk memastikan kestabilan politik demi pembangunan dan masa depan. Sejarah Malaysia selama ini adalah bukti semua hujah itu.

Beliau turut menjelaskan, pemimpin pusat memang sedar dan mendengar suara-suara rakan di dalam UMNO yang mahukan UMNO bertanding mewakili BN dalam PRK Hulu Selangor.

"Tetapi di dalam persahabatan yang telah lama kita amalkan, kita tidak boleh ingkar kepada kesepakatan itu. Di dalam konsep BN tiada masyarakat yang kecil, kita daripada UMNO tidak tamak.

"Terima kasih kepada pimpinan UMNO Bahagian Hulu Selangor kerana bersetuju dan sepakat mengekalkan MIC sebagai wakil BN. Calon dari MIC ini adalah calon BN dan apabila menang nanti, dia bukan sahaja bekerja untuk kaum India, tetapi dia akan berkhidmat kepada semua kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli." tegasnya.

Timbalan Pengerusi BN itu turut merakamkan tahniah kepada DS G Palanivel kerana empat penggal berkhidmat, dia sudah ada jasa. Tetapi kita dah tahu banyak yang mahukan perubahan, muka baru dan atas semangat 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. -Media UMNO

Berita Bertarikh Pada 5:18 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads