Isnin, 8 Oktober 2012

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Kontraktor projek <b>di Meru</b> Tin tarik diri – Perak Today

Posted: 20 Jun 2011 09:06 AM PDT

Syarikat kontraktor, Saka Bumi Sdn Bhd akhirnya menarik diri dari projek pembangunan kawasan Meru Tin, Jelapang sebagai rancangan penempatan tersusun (RPT).

Keputusan itu disuarakan oleh Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Marsidi Ahmad Samri, setelah projek berkenaan tidak mendapat kerjasama oleh penduduk di kawasan berkenaan.

Menurut beliau lagi, syarikat berkenaan telah pun melaburkan lebih RM 300 ribu untuk kerja-kerja fasa pertama namun gagal meneruskan ke peringkat seterusnya disebabkan tidak sanggup menanggung risiko kerugian.

"Kita dah tak mampu nak tanggung kos pembangunan yang tinggi… sebelum ini kita telah mengeluarkan satu amaun yang tinggi untuk kerja-kerja meratakan tanah.

"Pihak kami dah gunakan hampir 3 bulan dalam fasa pertama itu… tapi kalau penduduk masih enggan untuk memberi kerjasama bagaimana kami nak teruskan kerja-kerja di peringkat seterusnya,"katanya kepada PerakToday.

Sebelum ini, pihak kontraktor telah membuat perjanjian bersama lebih 183 penduduk di kawasan berkenaan dimana setiap keluarga dikehendaki menjelaskan bayaran RM12,300 untuk membangunkan kawasan itu dengan projek perumahan tersusun.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, kesemua mereka masih enggan berpindah keluar hingga menjejaskan kerja pembersihan dan meratakan kawasan.

Lebuh teruk, penduduk berkenaan dikatakan tidak membayar kos tambahan sebanyak 30 peratus seperti yang dipohon syarikat kontraktor.

Berikutan dari tindakan penduduk terbabit, ia telah menyebabkan pemaju menanggung kos tambahan sejak setahun lalu, iaitu kira-kira RM4,000 bagi setiap lot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads