Sabtu, 6 Oktober 2012

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Projek Jalan Raya Umno-BN Menyusahkan Peniaga <b>di Semenyih</b>

Posted: 04 Sep 2012 01:15 AM PDT

SEMENYIH, 3 SEPT: Projek penurapan jalanraya Kerajaan Umno-BN di sebuah kampung di sini menyusahkan penduduk apabila kedai mereka sering dimasuki air setiap kali ia hujan.

Peniaga dan pemilik kedai Kampung Sungai Jai, Beranang, mendakwa mereka terpaksa membersihkan kedai daripada air yang mengalir masuk daripada jalan tersebut yang berhadapan premis mereka.

Projek menaiktaraf laluan alternatif bagi Kuala Lumpur – Seremban itu didakwa diuruskan pejabat DUN Semenyih bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan.

MP Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat berkata, banjir ini disebabkan keadaan jalan baru ini terlalu tinggi serta ketiadaan longkang bagi mengalirkan air daripada masuk ke kedai-kedai berhampiran.

"Jalan ini diturap setinggi hampir enam inci tetapi longkang yang sepatutnya penting bagi mengalirkan air terutama ketika hujan tidak dibina," katanya ketika meninjau keadaan jalan di sini hari ini.

Tambahnya, penduduk di kawasan Beranang menghargai jalan yang diturap serta lampu isyarat baru namun biarlah ia dalam keadaan sempurna tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

Seorang peniaga kedai gambar, Wan Mohd Zambri Wan Husin, mengadu kedainya sering dimasuki air sejak jalan ini siap diturap bulan lalu dan ianya menyusahkan urusan perniagaannya.

"Apabila datang musim hujan, saya terpaksa membersihkan kedai setiap hari kerana dimasuki air dan ianya benar-benar merumitkan saya," katanya ketika ditemui.

Bagi peniaga kedai gunting rambut Sivarajan Muniandy, JKR sudah berjanji akan membina longkang di depan kedai-tersebut.

"Jurutera JKR ada berjumpa saya dan mereka berjanji untuk membina longkang bagi mengatasi masalah banjir tetapi tiada apa-apa perkembangan sampai sekarang," katanya.

Sementara itu, Dr. Che Rosli berkata, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan JKR untuk melihat pelan projek seterusnya mengatasi masalah ini.

Turut hadir ketika tinjauan dilakukan adalah Ketua Kampung Sungai Jai, Beranang, Mat Asnawi Mat Daud dan Penyelaras DUN Semenyih, Nor Azlan Mohamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads