Bot peronda APMM yang sedang melakukan Operasi Satria Selatan di perairan Tanjung Tuan, Negeri Sembilan ke Tanjung Sepat, Selangor menerima maklumat awam mengenai sebuah bot mencurigakan dan berjaya mengesan bot terbabit kira-kira empat batu nautika dari Tanjung Sepat."Anggota APMM kemudian cuba menghampiri dan mengarahkan bot itu yang dinaiki seorang tekong dan seorang awak-awak untuk berhenti namun tidak diendahkan, malah mereka memecut laju menuju ke arah pantai Tanjung Sepat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya mengejar bot terbabit selama 15 minit sebelum berjaya ditahan pada jarak satu batu nautika dari Tanjung Sepat.
— BERNAMA
KOSMO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan