Isnin, 22 Oktober 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


HOTTT..SAPA MUNAFIK? - Pemuda Umno <b>Telok Datok</b>

Posted: 19 Oct 2012 03:56 AM PDT


Waduh-waduhhhhh..bukan main lagi ye juak-juak FUCKatan ni menabur fitnah..opssss!!!Kalau tak tabur fitnah dan menipu juga men"jubur"i BUKANLAH FUCKatan namanya..MerekA NI dah kehabisan MODAL untuk memburukkan kerajaan BN..fasal tu mereka sanggup buat apa sahaja..
Pelbagai kain rentang yang dipasang semata-mata untuk mengaburi penglihatan rakyat..Terbaharu kain rentang ni..hahhaaa..aku bagai nak terguling-guling membacanya...Lawak betul..Sapa yang TOLAK sebenarnya ni...Ambooiii bukan main lagi ye korang ni,kalau bangsa Melayu dan seagama dengan korang..korang buatkan kain rentang besooooo punya..tapi kalau si Karpal..ada korang buat..lebih-lebih statement korang berbunyi"ala...kenyataan peribadi beliau"harrkkktttuiii..
Cuba korang baca ni...

 PULAU PINANG – Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.
Katanya, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian mereka tidak pernah berubah sejak sekian lama malahan akan terus mempertahankannya.
"Jika mereka (Pas) terus berniat untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam, bagi pihak DAP, saya mengatakan bahawa kami juga mempunyai pendirian yang sama seperti sebelum ini iaitu tidak menerimanya.
"Bantahan DAP terhadap cita-cita Pas itu adalah demi kepentingan negara ini dan ia akan terus kekal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dirinya selaku orang nombor satu DAP tidak akan bersetuju dengan perjuangan Pas menubuhkan sebuah negara Islam sehingga pernah berkata langkah mayatnya dahulu jika Pas mahu berbuat demikian.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, bantahan beliau yang mewakili DAP itu adalah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.- Utusan Malaysia
Ni jawapan dari Nik Ajis pula...
 KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berpendapat kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu.

Menteri Besar Kelantan berkata, suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu adalah pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal.

Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau yakin Karpal menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya.

"Kebanyakan pemimpin DAP adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, mereka sepatutnya mendapat penerangan mengenai perkara itu (hudud) daripada mereka yang arif di peringkat pusat," katanya dan menurutnya, beliau sedia memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada Karpal.
Ketika ditanya apakah tindakan PAS untuk mengelak wujudnya suara-suara sumbang daripada rakan politiknya berhubung isu hukum hudud itu,

Nik Abdul Aziz berkata ia adalah sesuatu yang sukar.

"Nak mengelak tu memang tak boleh...tugas kita ialah memberi, menerangkan kepada manusia jalan ke arah kebaikan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads