Rabu, 21 November 2012

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Kemajuan IKS Gombak Menjadi Inspirasi <b>Kuala Langat</b>

Posted: 08 Nov 2012 02:03 AM PST

GOMBAK, 9 NOV : Lawatan sekumpulan ketua kampung daerah Kuala Langat ke beberapa kampung di sini untuk melihat perindustrian kecil dan serderhana (IKS) menjadi pencetus idea untuk membawa pulang cara mengurus IKS di situ ke kampung mereka.

Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohamad Zamir Shah Hamzah berkata, ketua-ketua kampung tersebut mengambil kesempatan mendalami dan mempelajarinya pengurusan IKS di Gombak.

Menurutnya, kira-kira 80 pengerusi serta urusetia Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) melawat Kampung Damai, Kundang dan Serai.

"Kampung Damai di Kuang contohnya sudah mempunyai pusat pengumpulan IKS.

"Jadi ia adalah peluang terbaik bagi kita belajar cara pengurusan daripada JKKK kampung berkenaan cara mereka memajukan IKS di kawasan ini.

"Kita juga bertukar idea dan pandangan dengan pengurusan daerah Gombak dan JKKK di sini kerana kawasan di sini kemajuan industri beratnya lebih ke hadapan berbanding di Kuala Langat.

"Ia juga lawatan balas kerana sebelum ini kita pernah dikunjungi rombongan JKKK daerah Gombak," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, rombongan tersebut dibawa melawat beberapa tempat seperti Pusat Pengumpulan IKS di Kampung Damai, Kuang, kilang Motor Teknologi & Industri Sdn Bhd dan Pusat Equestrian di Rawang.

Penghulu Kanan Daerah Gombak, Izenan Basar berkata, lawatan rombongan JKKK Kuala Langat itu satu cara bagi mengeratkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin antara dua daerah.

Beliau menjelaskan pihaknya berbangga kerana menjadi tuan rumah dan sedia memberikan kerjasama terhadap segala bantuan diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads