Jumaat, 30 November 2012

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Roboh Kuil Hindu <b>Di Sepang</b>, Xavier Dituntut Memohon Maaf <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2012 06:32 AM PST

Pemuda MIC Selangor mendesak agar Exco Selangor, Xavier Jeyakumar agar memohon maaf kepada seluruh penganut Hindu apabila Exco berkenaan mempertahankan tindakan anggota-anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS) merobohkan sebuah kuil di dalam kawasan rumah di Sepang, minggu lalu. (BACA DI SINI)

20 November lalu, sepasukan anggota penguatkuasa MPS telah datang dan menceroboh rumah S.Gobi Kumar sebelum memecahkan dan menghancurkan kuil kecil yang terletak di penjuru porch rumah berkenaan.

Membina tempat sembahyang di luar rumah sudah menjadi sebahagian daripada budaya di negara ini, khususnya di kalangan masyarakat berketurunan Cina dan India. Malah Pakatan Rakyat ketika berkempen dalam PRU12, turut berjanji tidak akan sama sekali memusnahkan mana-mana tempat ibadat.

Bagaimanapun, apabila berkuasa, Pakatan Rakyat ternyata tidak berpegang teguh dengan janji yang dibuat. Pemusnahan tidak sahaja dilakukan terhadap bangunan-bangunan rumah ibadat yang terletak di atas tanah kerajaan, bahkan di atas tanah sendiri pun, ia akan mendapat respons yang sangat negatif daripada Pakatan Rakyat.

Agak aneh juga kali ini apabila Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang cukup prihatin dengan kaum dan agama selain Islam, tidak bersuara. Ahli Parlimen Shah Alam itu yang sebelum ini begitu tegas mempertahankan pemindahan sebuah kuil ke kawasan majoriti orang Islam tahun lepas, kali ini seperti tidak diberitahu tentang masalah yang melanda S.Gobi Kumar di Sepang.

Xavier dalam kenyataannya, mempertahankan tindakan anggota-anggota penguatkuasa MPS itu dengan berkata, kakitangan PBT tersebut tidak melanggar sebarang peraturan. Tindakan Xavier tersebut telah mencetuskan kemarahan Pemuda MIC yang menyifatkan Exco Selangor itu sebagai seorang yang melampau, tidak prihatin dan anti-Hindu.

Pemuda MIC Selangor menerusi kenyataan Setiausahanya, C. Sivaraajh berkata, pada PRU12 lalu, UMNO-BN kalah di Selangor kerana kemarahan kaum Hindu ekoran perobohan dan pemusnahan kuil Hindu di Padang Jawa.

Walaupun sebenarnya, kalau kita 'meronda' dan 'bersiar-siar' di seluruh Selangor, kita akan dapati terlalu banyak kuil Hindu, terutama sekali di sekitar Kelang-Banting, selain dari kuil-kuil Hindu yang besar-besar hasil daripada tolak ansur Kerajaan Negeri terdahulu, Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang ini, bersikap sebaliknya.

Disebabkan kuil-kuil sedia ada, sekalipun terletak saling bersebelahan dan digunakan oleh sebahagian sami untuk mengumpulkan keuntungan secara mudah, selain berada di atas tanah kerajaan, terlalu 'besar' dan 'nyata' untuk dimusnahkan, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat memilih kuil-kuil di dalam rumah pula untuk dimusnahkan.

Pakatan Rakyat barangkali cuba memberi isyarat kepada penganut-penganut Hindu agar tidak bertindak keterlaluan dan berbuat sesuka hati memandangkan sekarang adalah zaman Pakatan Rakyat, bukan lagi zaman UMNO-BN yang boleh bertolak ansur dan bersikap 'tak apalah'.

Justeru, perobohan dan pemusnahan kuil di dalam kawasan rumah di Sepang itu dilakukan agar memberi isyarat kepada masyarakat Hindu di seluruh Selangor bahawa, mereka bukanlah sesiapa kepada Pakatan Rakyat. Masyarakat Hindu perlu menyokong Pakatan Rakyat walau apa pun yang berlaku. Sebabnya, kalau masyarakat Hindu tidak menyokong Pakatan Rakyat, nasib mereka samalah seperti tokong dan kuil di dalam rumah yang dirobohkan oleh penguatkuasa PBT yang sudah tentulah merupakan orang Melayu dan beragama Islam.

Disebabkan itulah Xavier menyatakan bahawa anggota-anggota penguatkuasa tersebut tidak melanggar sebarang undang-undang atau peraturan. Sebabnya, Pakatan Rakyat melihat pertembungan antara masyarakat Hindu yang marah kerana kuil mereka dirobohkan akan dihalakan kepada UMNO memandangkan anggota penguatkuasa itu adalah Melayu-Islam.

Lainlah kalau yang dirobohkan itu adalah GEREJA… kalau GEREJA, sudah tentulah Xavier akan kata, tindakan anggota penguatkuasa tersebut adalah salah!

RonyanuaR: Zulfahmi cipta sejarah, pole position <b>di Sepang</b>

Posted: 19 Oct 2012 11:03 PM PDT

Pelumba motogp negara dari pasukan AirAsia SIC-Ajo dalam kelas moto3 Muhammad Zulfahmi Khairuddin mencipta sejarah sebagai pelumba pertama asia yang mencapai kedudukan pole position pada sesi kelayakan motogp kelas moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebentar tadi.
Dengan kedudukan tersebut bermakna beliau akan  memulakan perlumbaan esok dari grid pertama dengan meninggalkan calon juara tahun ini Sandro Cortese.
Hari ini juga yang merupakan hari kelahiran Zulfahmi yang ke 21, benar-benar membawa tuah kepadanya selain dibantu pengalamannya dilitar sepang dan keadaan jentera yang baik.
Selain Zulfahmi, seorang lagi pelumba negara yang menyertai motogp di sepang pada kali ini adalah seorang pelumba muda yang berpeangkalan di Sepanyol iaitu Hafizh Syahrin Abdullah yang akan beraksi dalam kategory moto 2 atas tiket Wildcard.
P/s : Jom sama-sama menyokong pelumba negara di Sepang esok sekaligus memeriahkan sukan permotoran negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads