Rabu, 14 November 2012

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Suspek kes rompakan bank <b>di Sungai Buloh</b> mati ~ Blog Ketegaq

Posted: 10 Nov 2012 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menembak mati seorang suspek kes rompak sebuah bank yang kerugian RM202,800 pada 5 Nov lepas, dalam kejadian di Kampung Chubadak, Jalan Datuk Senu 3 di sini. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata seorang lagi rakan suspek yang turut berada di dalam kereta jenis Toyota Vios, melarikan diri dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi ini.
Beliau berkata kejadian berlaku apabila pasukan khas polis yang dibentuk untuk menyiasat kes itu mengesan kereta sebuah BMW putih di Greenwood, Gombak, yang digunakan dalam rompakan bank di Sungai Buloh itu.
"Menyedari diekori, pemandu BMW memecut laju kereta itu dan berhenti di Plaza Tol Gombak sebelum menaiki kereta Toyota Vios yang menunggu di situ. 
"Polis menghampiri kereta berkenaan sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan selaras pump gun seolah-olah mahu melepaskan tembakan ke arah polis," kata Mohd Adnan kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd Adnan berkata bagi mempertahankan diri, polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta suspek sebelum kenderaan itu memecut laju melarikan diri.
"Suspek dan polis berbalas tembakan ketika kereta itu dikejar sejauh 15km. Dalam keadaan kelam kabut itu, kereta Vios tersebut terbabas sebelum merempuh tembok sebuah madrasah di lokasi kejadian," katanya.
Mohd Adnan berkata seorang suspek melarikan diri manakala pemandu kereta berusia 33 tahun berasal dari Kelantan, mati ditembak. 
Hasil pemeriksaan terhadap kereta itu, polis menemui selaras pump gun yang dirampas daripada pengawal keselamatan bank serta sepucuk pistol yang dipercayai digunakan dalam rompakan itu. 
"Siasatan lanjut juga mendapati kereta BMW yang ditinggalkan di Plaza Tol Gombak dilaporkan disamun di Setapak manakala kereta Vios itu disamun di Sri Damansara awal bulan ini," katanya. 
Mohd Adnan berkata suspek yang mati ditembak memiliki enam rekod jenayah lampau, antaranya dua kes samun dan satu curi kereta. 
Dalam kejadian pukul 2.40 petang 5 Nov lepas, tiga lelaki memakai topi besbol bersenjatakan dua pucuk pistol menjadikan pelanggan dan pengawal keselamatan bank berkenaan sebagai tebusan sebelum melarikan  wang tunai RM202,800 dalam kejadian yang hanya mengambil masa lima minit.  

Bubbles Man: Kisah Iktibar <b>Di</b> Penjara <b>Sungai Buloh</b>

Posted: 06 Nov 2012 03:41 AM PST


Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan di sana.
Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Mohd. Amin Mohd. Razali iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong.
Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada Subuh pagi jumaat.
Pada malam sebelum dia digantung, didapati si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok. Bayangkan kalau orang nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan seperti orang dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir.
Subhanallah, mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung. Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba-hambanya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, "Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya."
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads