Isnin, 5 November 2012

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Pilihan Anda: DAP tak jamin PR boleh kekalkan Selangor

Posted: 04 Nov 2012 06:15 PM PST

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pemimpin DAP menjangkakan saingan sengit untuk mereka di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, dan mengakui kempen perkauman yang dilaksanakan pembangkang Barisan Nasional (BN) mendapat tarikan masyarakat Melayu di luar bandar.

Sentimen berkenaan ditunjukkan ketika Konvensyen DAP Selangor hari ini, apabila selain meniupkan keyakinan mereka akan kekal berkuasa, pemimpin DAP turut menyeru ahlinya untuk bekerja keras, dan bukan hanya berdiam diri.

Berbeza daripada kebiasaannya, tema mengkritik BN dalam setiap majlis Pakatan Rakyat (PR), suasana di Kompleks Sukan Kelana Jaya semalam dilihat lebih menjurus kepada pemimpin menyeru ahlinya untuk bersedia menghadapi pertempuran politik paling sengit dalam sejarah Malaysia.

Ditemui selepas konvensyen tersebut, Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok dan timbalannya Tony Pua mengakui ujian terbesar PR adalah menawan kawasan pedalaman yang majoritinya dihuni orang Melayu dan deposit tetap undi untuk Umno.

"Kebanyakan orang mahu kami kembali memerintah Selangor, namun jika Umno sering memainkan sentimen keagamaan, dan perkauman, ia akan merosakkan peluang kami untuk menang," kata Kok.

Pua mengakui bahawa ujian terbesar PR dalam pilihanraya umum ke-13 adalah menawan kawasan pedalaman. — Gambar fail
"Kami ada peluang, tapi saya tak jamin kami akan menang," jelas Pua (gambar).

Ketika pilihan raya 2008, Selangor - negeri terkaya di Malaysia - jatuh ke tangan pembangkang.

Kehilangan Selangor turut disertai beberapa negeri lain - Perak, Kedah, dan Kelantan - merupakan kejutan buat BN, oleh kerana hanya mereka yang memerintah Malaysia sejak Merdeka.

Sejak itu, kerajaan bekerja keras memastikan untuk mendapatkan kembali negeri-negeri tersebut dan mengekalkan kedudukan dua pertiga Parlimen.

Bagi PR, harapannya kini tertumpu kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar (MB) Selangor penggal pertama yang mempunyai trek rekod bersih untuk meyakinkan pengundi pentadbiran mereka bebas rasuah.

"Yang paling jelas (apa yang kami lakukan) adalah bebas rasuah dalam kalangan pegawai tinggi. Kerajaan kami tidak rasuah. MB kami bebas rasuah," kata Pua lagi.

"Untuk pengundi bandar, kumpulan bukan Melayu, mereka percaya dengan apa yang kami katakan. Mereka melihat Pulau Pinang, prestasi kami di sana," tambah Kok pula.

"Melayu juga melihat kami tidak pernah menghampakan mereka, tidak meminggirkan Islam,"

"Mungkin kami bukan kerajaan yang terbaik, tetapi kami mempunyai keazaman untuk memberikan perkhidmatan terbaik semasa masih menjadi kerajaan."

Bagaimanapun, itu sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan undi Melayu.

Pilihan raya lalu, DAP gagal menawan kerusi Dun Kuala Kubu Baru, apabila K A Ramu ditewaskan oleh Wong Koon Mun dari MCA dengan majoriti hanya 448 undi.

A Sivanathan dari DAP juga turut tewas kepada Yap Ee Wah dengan majoriti 1,572 di Sungai Pelek.

Parti komponen PR yang lain turut kehilangan lapan kerusi dun dan tiga kerusi Parlimen.

"Itu kelemahan kami," kata Pua merujuk kepada kawasan pedalaman.

Tambahnya, terdapat dua cabaran utama untuk PR mendapat undi kawasan pedalaman.

Pertama dengan menyampaikan mesej perubahan yang dibawa kerajaan PR, seperti lebih telus dan polisi yang lebih baik.

"Ia sangat sukar kerana kawasan pedalaman memerlukan lebih banyak masa."

Selain itu, PR juga perlu menangani "politik 3R" yang mana menurutnya -Agama, Bangsa dan Royalti (race, religion dan royalty) taktik yang digunakan BN, yang menurutnya sangat berkesan di kawasan pedalaman.

"Kami perlu lebih kerap turun padang, anjurkan lebih banyak program," kata Kok.

Dalam ucaptama Konvensyen Tahunan DAP Selangor ke 17 semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui Selangor adalah antara kawasan "selamat" kedua untuk PR selepas Kelantan.

Lim percaya retorik perkauman BN akan lebih menurun di dua negeri, seperti Pulau Pinang dan Kedah.

The MI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads