ads

Sabtu, 1 Disember 2012

12 di beranang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


RM150,000 Untuk Gelanggang Sukan <b>Di Beranang</b>

Posted: 02 Jun 2012 02:02 AM PDT

BERANANG 02 JUN : Penduduk khususnya kalangan remaja di mukim Beranang kini berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sukan selepas gelanggang sukan yang bernilai kira-kira RM150,000 siap sepenuhnya, baru-baru ini.

Kemudahan sukan itu termasuk gelanggang futsal, sepak takraw dan badminton dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

Ketua Kampung Sesapan Kelubi, Alias Yaakob berkata pembinaan kemudahan itu memberi peluang kepada semua generasi menggunakan gelanggang terbabit.

Katanya, kini gelanggang terbabit menjadi tumpuan enam buah kampung lain di kawasan berhampiran.

"Sebelum ini, golongan remaja dan belia mengeluh kerana terpaksa keluar jauh ke bandar untuk menggunakan kemudahan itu malah kos sewaannya juga mahal," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata gelanggang futsal itu dikenakan bayaran sebanyak RM10 bagi dewasa dan percuma bagi kanak-kanak.

"Gelanggang futsal itu dibuka selepas waktu maghrib bagi golongan belia dan petang bagi kanak-kanak," katanya.

Majlis perasmian gelanggang itu disempurnakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Program Penerangan Geran Selangorku dan Program Khas Mesra Rakyat, di Kampung Sesapan Kelubi.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail; Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari serta MP Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat.

Dua pasukan dari pejabat Menteri Besar dan Majlis Perbandaran Kajang bersaing dalam acara futsal bagi menandakan kemudahan dibuka secara rasmi.

Sebagai simbolik perasmian, Abdul Khalid dan Exco yang hadir menendang bola di gelanggang itu.

Kira-kira 1,000 penduduk hadir ke program terbabit.

Di program itu, Abdul Khalid turut menyumbangkan RM10,000 kepada Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Toh Fah dan Sekolah Rendah Agama Kafa Integrasi Tasik Semenyih.

Beliau turut menyampaikan sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada sembilan pelajar sebagai hadiah anak masuk universiti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved