Ahad, 9 Disember 2012

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


SUPERMENG MALAYA: Tom Yam Seafood, <b>Jeram</b>

Posted: 09 Dec 2012 08:00 AM PST

Nak citer pasal makan lagi ni.
Makan la best. Korang tak suka makan kah?
Sebab aku kan kemaruk lepas tak puas hati nak makan udang di Korea hari tu tak dapat, maka, aku kerah OR ajak gi makan kat Jeram nuh. Padahal memula dari airport nak pegi Bagan Lalang, pastu hujan fikir tak jadi lah. Pastu on the way tu ingat nak pegi Muara Klang pulang, tak jadi jugak. End up? Sampai Jeram nuh ! Gila jauh, makan sampai ke hujung dunia.
Dari Korea Selatan terus ke Jeram.
Apa apa pun, kami pegi la makan. Hero tak de. Cuti sekolah ni dia pegi rumah pakcik dia sebab ada sepupu dia yang sebaya so nak berkawan kawan la tu.
Di Jeram, selain daripada Ikan Bakar Jeram dan Aroma Ikan Bakar yang glamer tu, ada lagi satu kedai ni nama dia Tom Yam Seafood.
Tak de la segah Aroma dan Jeram Ikan bakar tu, dan aku pun tak tau kenapa aku gi makan sini. Masa sampai tu tengok kat Jeram Ikan Bakar tak de la ramai orang sangat, Aroma je ramai, tapi terperasan kedai ni yang terletak betul betul sebelah Aroma tu then terus datang seru.
"Kita makan sini la nak Yang? Try"
Apa lagi, ayuh. Park kereta dan mula meriki kawasan.
Ini kedai nya. Simple jer
Tapi yang penting, betul betul di gigi air.
Agak romantis Spring jugak la 
Then, tak reti reti nak order?
Order lah. Ada pilihan ikan ikanan, ketam ketaman, sotong sotongan, ala ala pun ada.
Pilih dan suruh mereka masak pastu kita blah. Aci?? Hahahaha.
Sambil sambil tu boleh jalan jalan di gigi air.


Then tunggu la makanan sampai.
Sambil sambil tu layan la sunset yang tak berapa nak ada.
Fresh Orange Asam Boi untuk kami berdua


Sotong Bakar bersambal - Sambal dia sedap. Tapi tak de la gila.
Udang Goreng Tepung - Rasa kari terlebih.
Ketam masak Cili - Sedap ni. Tapi pedas !!
Dan special di kedai ni. Tom Yam Kelapa !
Tom Yam tu letak dalam buah kelapa. Dan tom yam tu sangat sedap. Memang boleh di cuba.

Apa di tunggu lagi, mari la kita menjamu selera sambil menikmati keindahan alam di waktu senja.


Makanan OK. Boleh lah. Dan sebab kedai ni tak la ramai macam di Jeram Ikan Bakar mahupun Aroma, so tak de la lama sangat nak menunggu.

Boleh di jadikan alternatif kalau nak mencuba. Tapi Tomyam tu worth to try.
Tempat OK OK lah. Cuma tak de surau kat sini.
Harga makanan? Hmmm RM70 ! Tak tau la nak cakap mahal ke murah.
Macamana nak ke Tom Yam Seafood Jeram ni?
Dari LATAR ke Kuala Selangor. Then di simpang tu ambik kiri ke Jeram. Ikut je sign, lepas nampak benda alah ni belah kiri.

Pastu ada balai polis Jeram belah kiri.
Pastu ada simpang kanan. 
Masuk dan terus sampai hujung. Sebelum Jeram Ikan Bakar tu belok kiri, terus lagi lepas Aroma Ikan Bakar then nampak la kedai ni.

Park kereta then berdiri tegak depan kedai tu dan jerit la sekuat hati.

"Kami datang nak makan !!!"

Silap silap kena pelempang dengan makcik kedai tu, berterabur gigi di gigi air. Gigi lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads