Selasa, 4 Disember 2012

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Banjir <b>Di Klang</b> : Sikap Ronnie Liu Salahkan Orang Lain Dikritik | AIDC

Posted: 03 Dec 2012 08:42 PM PST

AIDCNews – 04/12/12 – Bekas aktivis DAP Tan Tuan Tat menyelar sikap Exco Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu yang menyalahkan orang ramai membuang sampah merata-rata sebagai punca banjir di Klang.

Menurutnya, jika faktor sampah sarap, maka kesalahan itu harus dipersalahkan Majlis Perbandaran Klang (MP Klang) yang gagal mengutip sampah-sarap tersebut.

Ronnie Liu yang bertanggungjawab menjaga kerajaan tempatan sebaliknya menepis dengan mendakwa tugas MP Klang mencabar kerana di Klang terdapat ramai buruh asing.

"Tetapi ia adalah tugas yang sangat mencabar, kerana terdapat banyak buruh asing di Klang, itulah sebab mengapa notis kami kini semua ditulis dalam bahasa Bangladesh atau Burma," katanya.

Selain itu, Ronnie Liu turut menuduh kritikan yang berpanjangn terhadap isu banjir di Klang bermotif politik yang didakwanya mendapat dana dari Kerajan Persekutuan.

Ahli Jawatankuasa Tindakan Banjir Klang, Teh Teong Guan berkata alasan terbaru Ronnie Liu berbeza dengan alasan awal yng menyalahkan pemaju sebagai punca banjir.

Ronnie Liu Salahkan Sikap Buruk Orang Ramai Faktor Banjir Di Klang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads