Selasa, 18 Disember 2012

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


Kenapa Ronnie Liu Kalah ? | AIDC

Posted: 16 Dec 2012 11:18 PM PST

AIDCNews – 17/12/12 – Ronnie Liu, Exco Kerajaan Selangor antara tokoh yang tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC) di Kongres DAP ke 16 di Pulau Pinang, 15 Disember.

Tanda-tanda awal kekalahan Ronnie Liu sudah diterjemahkan dalam pemilihan DAP Bahagian Klang pada Oktober 2010, di mana proksi Ronnie Liu dari kumpulan Unity tewas kepada kumpulan 'Justice Reform Group' naungan speaker DUN negeri Teng Chang Khim.

Kemenangan kumpulan Teng berpunca daripada sokongan padu bekas Pengerusi DAP Klang, Tee Boon Hock.

Tee Boon Hock dipecat daripada DAP kerana didakwa melakukan rasuah untuk memperoleh kontrak RM1 juta daripada pihak berkuasa tempatan.

Beliau didakwa menggunakan surat sokongan Exco Kerajaan Negeri, namun Ronnie Liu tidak mengaku terlibat sama dalam perbuatan rasuah itu.

"Ronnie Liu telah membuat laporan polis pada 2 Ogos 2010 terhadap Tee Boon Hock kerana mendakwanya menyalahgunakan surat sokongan EXCO tanpa sebarang pengetahuan dan kebenaran daripadanya.

"Persoalan mudah kepada saudara Ronnie Liu ialah bagaimana Tee Boon Hock boleh menyalahgunakan Surat Exco seperti didakwanya sekirannya dia sendiri telah lebih awal menandatangani surat sokongan kepada anak Tee Boon Hock ?," soal Shen Yee Aun.

Turut dikenakan tindakan tatatertib bersama Tee adalah Yap Hock Siew dan Ong Chai Huat, Pengerusi dan Naib Pengerusi DAP cawangan Pasar Pandamaran.

Tee Boon Hock mendesak DAP mengambil tindakan disiplin terhadap Ronnie kerana beliau didakwa 'dalang sebenar' rasuah surat sokongan itu dan jika Ronnie masih dipilih bertanding di DUN Pandamaran, Tee bersedia untuk bertanding sebagai calon bebas.

Pada September 2010, seramai 20 orang berdemonstrasi di hadapan pejabat pusat perkhidmatan di Pandamaran mendesak ADUN itu meletakkan jawatan.

"Ronnie Liu, sila letak jawatan, you bawa banyak masalah di Pandamaran..Letak jawatan: tidak servis penduduk, buat kacau di pandamaran, makan bah kuteh dan durian di pandamaran," begitulah kata-kata yang ditulis dalam demonstrasi itu.

Dua Exco Kanan DAP Didakwa Dalangi Kebanjiran Rumah Urut Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads