Ahad, 2 Disember 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Pemimpin Santuni Rakyat Selaras Dengan Konsep Negeri <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2012 10:42 AM PDT

4 11 2012

Sungai Sireh, 2 Nov    :    Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong hari telah mengadakan program sarapan pagi bersama rakyat melalui program  Pemimpin Santuni Rakyat yang berlangsung selama sehari dan berjalan di seluruh kampong di DUN Sungai Burong.

Melalui program tersebut beberapa pimpinan masyarakat seperti Pegawai Penyelaras PKM DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo dan Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman dan Mohd Faizal Mohd Barja serta pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pengerusi- pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam DUN Sungai Burong telah dilibatkan.

Program sarapan pagi bersama rakyat relah berjalan serentak melibatkan empat buah kampong iaitu Sungai Sireh, Parit 2 Sungai Burong, Parit 3 Sungai Burong dan Kampong Sungai Burong.

Selain bersarapan pagi, Ustaz Mohamad Judi yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang dan rombongan turut berkesempatan menziarahi rakyat yang uzur dan tidak berkemampuan untuk diberikan bantuan berupa barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Ustaz Mohamad Judi berkata, program ini bukanlah merupakan program pertama tetapi ianya adalah merupakan kesinambungan daripada program-program yang telah dilakukan sebelum ini dan ianya akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk mendekati rakyat diperingkat bawahan.

Dalam usaha untuk membantu rakyat, pihak PKM dengan bantuan daripada Ketua-ketua Kampong berusaha sedaya upaya yang boleh untuk turun ke bawah bagi melihat sendiri kesusahan rakyat dan berusaha untuk membantu mereka yang ditimpa kesusahan selaras dengan konsep negeri berkebajikan, katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads