Rabu, 26 Disember 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Ibubapa Gembira Anak Terpilih Jom Shopping TAWAS « PKM <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2012 10:47 PM PST

3 12 2012

Tanjong Karang, 2 Dis    :     Seramai 168 orang anak-anak daripada 331 orang yang telah didaftar melalui Tabung 921_396827087060311_578790909_nWarisan Anak Selangor (TAWAS) telah menyertai program Jom Shopping TAWAS di pasaraya Billion Tanjong Karang dan melibatkan empat Dewan Negeri (DUN) iaitu Sungai Burong, Sekinchan, Permatang dan Malawati.

Seorang ibu, Azura Misri, ketika ditemui berkata, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah menganjurkan program ini dan mengharapkan supaya program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Manakala bagi Mohd Azman Abd Azis, juga turut melahirkan rasa gembira dengan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah merupakan penghargaan kepada anak-anak yang lahir di negeri ini, selain itu hasil kekayaan negeri ini dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad68494_396830417059978_1578156657_n Judi Sarjo, berkata, pihak TAWAS masih membuka pendaftaran bagi anak-anak kelahiran tahun 2008 sehingga tahun 2011 sehingga akhir Disember 2012. Oleh yang demikian ibubapa yang masih belum mendaftarkan anak mereka kedalam program TAWAS ini diminta mendaftar dengan segera di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong ataupun melalui Ketua-ketua Kampong Masing-masing.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pegawai Penyelaras DUN Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, yang juga Ketua PKR Cabang Tanjong Karang.

Program TAWAS telah diwujudkan sejak tahun 2008 oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, yang bertujuan untuk member manfaat kepada semua anak kelahiran Selangor dengan perlindungan insuran sehingga berusia 18 tahun. Pada usia 18 tahun, semua penerima sijil TAWAS ini berpeluang menerima RM1,500 hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana tersebut.

Bowling Persahabatan Rapatkan Hubungan Antara Pemimpin Dan <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2012 06:37 AM PST

DSC_2760Kuala Selangor, 12 Dis    :    Perlawanan persahabatan bowling anjuran Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon 1D Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja, dengan kerjasama Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1D, Sharan Mohd Salleh,  telah Berjaya diadakan di 1Plaza Kuala Selangor.

Dengan kehadiran peserta seramai 80 orang yang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang, PeBT, Nisa'  dan Kakitangan MDKS program yang berlangsung selama tiga jam itu telah berjaya merapatkan hubungan diantara peserta dan pemimpin masyarakat.

Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, telah sudi merasmikan program tersebut, di dalam ucapannya beliau telah melahirkan rasa gembira dengan program yang diadakan ini kerana telah 18092_401672773242409_548400303_nberjaya melibatkan pelbagai latar belakang peserta sekaligus dapat merapatkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain.

Saya harap program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih meriah. Selain itu Ahli Majlis dan PeBT juga diminta menganjurkan program-program berbentuk riadah seperti ini pada masa akan datang, kerana melalui program riadah seperti ini juga mampu meningkatkan kesihatan, katanya lagi yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang.

Hadiah-hadiah telah dibahagikan kepada beberapa kategori dan disampaikan oleh beberapa pimpinan masyarakat yang turut hadir menyertai program pada kali ini iaitu Kategori berkumpulan lelaki dan perempuan yang disampaikan oleh, Mohd Faizal Mohd Barja, Ketegori individu yang DSC_2794memperolehi markah terendah lelaki dan perempuan yang disampaikan oleh Ahli Majlis, MDKS Zon 3B, Nor Az Azlan Ahmad.

Selain itu bagi Kategori peserta veteran lelaki dan perempuan serta peserta termuda juga terdiri dari lelaki dan perempuan hadiah telah disampaikan oleh Penghulu Mukim Ijok/ APi-api, Hussein Idris dan yang terakhir Kategori individu lelaki dan perempuan yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang, Muhd Jafaruddin Sheik Daud.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Bukit Belimbing, Shamsudin Idris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads