Isnin, 31 Disember 2012

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


BuDak StoKinG PuTiH..: Hulu Selangor..

Posted: 31 Dec 2012 04:06 AM PST

Latar belakang Hulu Selangor..
 Daerah Hulu Selangor ( dahulu dieja Ulu Selangor ) merupakan salah satu daerah yang terletak di utara Negeri Selangor.Dari sudut geografi,Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang dengan keluasan 174,047 hektar,hampir sama dengan keluasan Negeri Melaka.Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada Sembilan buah daerah di Negeri Selangor.Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang  di sebelah timur.
Daerah ini mempunyai 13 mukim iaitu Hulu Bernam ( utara dan selatan), Kalumpang,Kuala Kalumpang,Sungai Gumut,Sungai Tinggi,Kerling.Ampang,Pecah,Buloh Telor,Pertak,Rasa,Batang Kali,Hulu Yam dan Serendah.Selain rangkaian lebuh raya utara selatan PLUS dan jalan raya utama Persekutuan Kuala Lumpur ke Tanjang Malim,terdapat juga rangkaian jalan negeri seperti jalan Hulu Yam ke Sungai Tua,Batang Kali ke Genting Highlands,Sungai Tenggi ke Batang Berjuntai dan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser.Semua merupakan pintu masuk ke Daerah Hulu Selangor yang menjadi pemangkin ke arah pembangunan yang lebih pesat lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads