ads

Ahad, 30 Disember 2012

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Life is colorful: Jakuzi & Waterpark <b>di</b> Gold Coast Morib... Part I

Posted: 16 Dec 2012 11:44 AM PST

Entah macam mana tiba-tiba sahaja Mr. Hubby ada kursus di Gold Coast Morib. Wah, Gold Coast? Di manakah itu Gold Coast Morib? Kepada anda yang tidak pernah dengar tentang Gold Coast Morib, ada dua perkara yang anda wajib tahu bezakan:
1. Gold Coast Morib bukan Sepang Gold Coast (Golden Palm Tree), dan
2. Bukan juga Gold Coast Australia yang pantainya Surfers Paradise tu hehehe...
Gold Coast Morib adalah sebuah pusat peranginan yang terletak di pantai Morib, Kuala Langat. Oleh kerana saya dah pernah sampai ke Gold Coast Sepang dan Gold Coast Australia, maka, saya teringin sangat nak melihat Gold Coast Morib. Apakah yang ada di Gold Coast Morib? Oleh yang demikian, borang cuti saya majukan untuk bercuti pada hari Jumaat (memandangkan sistem HRMIS yang tergendala tak sudah).
Petang Khamis kami bertolak ke Gold Coast Morib. Oleh kerana tidak tahu jalan dan menggunakan GPS, pemanduan kami dibawa mengikuti jalan Putrajaya - Dengkil - Banting. Kira-kira sejam lebih jugalah untuk sampai ke Gold Coast Morib. Perjalanan yang melewati kesuraman senja dan awal malam kemudiannya mengingatkan saya tentang sesuatu. Terutamanya apabila terpandang papan tanda yang tertulis `Tanjung Sepat' apabila mula memasuki kawasan Banting. Fikiran saya teringat tentang pembunuhan kejam yang berlaku tahun 2010 di Ladang Gadong, Tanjung Sepat. Melewati ke jalan-jalan yang agak sunyi untuk sampai ke Gold Coast Morib.

 
Mujurlah ada GPS. Maka, tidaklah kami sesat atau terasa hendak berpatah balik. Kami tiba di pusat peranginan sekitar jam 7 malam.



Mr. Hubby agak tergesa-gesa memandangkan kursusnya yang akan bermula malam itu juga. Jom lihat keadaan bilik dulu ye.






 
Melihat bilik yang disediakan Jakuzi, tentunya budak-budak teruja untuk berendam dalam jakuzi yang luas ini. 


 
Malam ini tak ada apa-apa aktiviti untuk budak-budak. Berehat sahajalah sambil menonton Piala AFF Suzuki antara Malaysia dengan Thailand.






Esok paginya, Mr. Hubby perlu menghadiri kursus. Maka, terpulang kepada saya untuk mengatur aktiviti untuk budak-budak. Meskipun agak sukar untuk mengawal 2 orang budak yang nakal, namun terpaksa jugalah saya kuatkan semangat untuk menjadikan cuti saya ini bermakna. Kebetulan pula, Hasya dan Khayra bangun awal pagi. saya gunakan kesempatan ini untuk membawa mereka berjalan-jalan di tepi pantai. Pantai ni tak jauh dari hotel, cuma perlu berjalan tak sampai 300 meter dari bilik.



 
Pantai ini agak keruh airnya. Melihat kulit-kulit siput di permukaan, Hasya mengulang-ulang ayat `she sells shells on the sea shore'.








p.s.: kalau sesekali terbau aroma yang aneh dan kurang menyenangkan, itu kerana resort ni berdekatan dengan tempat pemprosesan makanan ayam hehehe... no wonder okay...

Bersambung di Part II.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved