Selasa, 1 Januari 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


IPOH MALAY: Ramai Tidak Dapat Mandi <b>Di Cheras</b>

Posted: 01 Jan 2013 05:18 PM PST

Pertambahan bangunan dan penduduk yang mendadak tanpa berselari dengan pertambahan kapasiti rawatan air bersih membuatkan Lembah Klang mula merasakan krisis air secara berperingkat.
Lebih buruk, kerajaan PKR di Selangor bertindak untuk tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam menangani masalah ini.
Terbaru, kawan teman yang tinggal di Vista Amani, Bandar Sri Permaisuri, Cheras menyebut, tempatnya telah 3 hari tiada bekalan air. Kehadiran lori-lori yang membekalkan air tidak dapat dikejar oleh mereka yang bekerja shif. Akibatnya, ada rumah yang tiada air langsung.
Vista Amani bukanlah rumah murah. Sewanya sahaja mencecah RM1,200 sebulan. 
Kes-kes seperti ini diramalkan akan menjadi parah menjelang 2014 dengan tergendalanya pembinaan loji air Langat 2.
Inilah untungnya apabila kerajaan bongkak menguasai sesebuah negeri.

SHAH ALAM 14 DIS : Projek Langat 2 hanya akan dilaksanakan selepas Kerajaan Pusat bersetuju untuk Kerajaan Negeri Selangor melakukan penstrukturan semula industri air.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata setakat ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung surat yang dihantar oleh Kerajaan Negeri.
"Saya masih lagi menunggu maklum balas daripada surat itu dan jika Kerajaan Pusat bersetuju untuk Kerajaan Negeri membuat penstrukturan air itu, kita boleh adakan perbincangan lanjut," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Selangor Agro Fest 2012 (SAF 2012) yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam, di sini.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui berkata projek pembinaan Langat 2 mengalami kelewatan 29 bulan berbanding jadual asal ekoran keengganan Kerajaan Negeri Selangor memberi kerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam projek berkenaan.
Beliau mendakwa bagaimanapun, Kerajaan Pusat akan meneruskan projek itu dan dijangka bermula pertengahan tahun hadapan.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri berulang kali menyatakan pendiriannya untuk tidak memberi kebenaran kepada Kerajaan Pusat untuk meneruskan Projek Langat 2 melainkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads