Isnin, 28 Januari 2013

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


200 peniaga kecil <b>di Sabak Bernam</b> ditawarkan insurans P1MPIN <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2013 01:21 PM PST

Posted on January 27, 2013, Sunday

SABAK BERNAM: Kira-kira 200 peniaga dan penjaja yang beroperasi di tapak pasar pagi di pekan ini ditawarkan Pelan Insurans 1MalaysiaPenjaja dan Peniaga Kecil Nasional (P1MPIN) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor, Azizan Ariffin berkata pelan itu adalah percuma dan menerusi insurans berkelompok itu, pencarum akan dilindungi sehingga RM5,000 sekiranya berlaku kematian.

"Penawaran P1MPIN ini adalah untuk peniaga dan penjaja yang mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)," katanya kepada pemberita sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke pasar itu di sini semalam.

Muhyiddin yang melawat gerai peniaga di pasar itu selama kira-kira setengah jam turut menyampaikan brosur P1MPIN kepada 17 penerima.

Timbalan Perdana Menteri yang diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan pemimpin setempat turut bersarapan di situ.

Peniaga buah, Foo Kok Chin, 48, yang sudah berniaga sejak 1997 di sekitar daerah ini berkata skim insurans itu melengkapi pelan perlindungan nyawa yang beliau sudah miliki.

"Saya menganggap penawaran insurans ini sebagai satu lagi 'payung' kepada keluarga saya sekiranya berlaku perkara tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas menerima brosur P1MPIN daripada Muhyiddin yang dalam lawatan kerja sehari ke daerah ini.

Foo yang mempunyai dua anak berusia tujuh dan 14 tahun berkata usaha kerajaan pusat itu amat bagus kerana selain percuma, ia juga menjamin masa depan keluarga jika sesuatu tidak diingini menimpa mereka. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads