12 di semenyih - Google Blog Search |
Gambar Himpunan Perdana Menteri, Datuk Najib <b>di Semenyih</b> Posted: 13 Jan 2013 05:02 PM PST Pada hari yang sama dengan Himpunan Kebangkatan Rakyat (KLIK SINI), berlangsungnya Himpunan bersama Perdana Menteri, Datuk Najib Razak di sekitar Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih pada Sabtu lepas (12 Januari 2013). Sebelum itu, pada hari Jumaat kebanyakan orang Lembah Klang telah menerima sms jemputan untuk menghadirinya. Ada sesiapa di sini yang turut sama hadir? Berapa ramai yang hadir?
Sila klik kanan untuk lihat setiap gambar yang berjaya dirakam… Kebanyakan yang hadir didapati diangkut dengan kemudahan bas yang disediakan dari merata tempat di negeri Selangor. Majoriti yang hadir ialah warga kaum India. Pada majlis tersebut bungkusan berisi sekampit beras, gula, tepong dan tidbits telah diagih-agihkan. Difahamkan 2 buah treler panjang berisi penuh dengan bungkusan digunakan. Suasana menjadi kelam kabut kerana ada kalangan peserta yang mula berebut-berebut sehingga ada yang pengsan. Untuk melayakkan hadirin mendapat sekampit beras, mereka dikehendaki memakai baju-T sama ada warna merah atau biru yang ada lambang BN. P/S : Alhamdulillah semakin dekat Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat pemimpin politik di Malaysia tidak kira apa warna cuba mendekati dan mendengar setiap masalah rakyat. Yang untung siapa? Anda sebagai rakyat juga. |
Himpunan Kebangkitan Rosmah anjuran Najib <b>di semenyih</b> capai <b>...</b> Posted: 12 Jan 2013 07:34 AM PST Sabtu-12 Jan: Ini semua gambar-gambar dekat Tesco Semenyih di Taman Pelangi Semeyih, Rinching, Selangor. Meh sini saya ceritakan, Rinching ini bersempadan dengan Beranang dimana Beranang adalah pekan sempadan Selangor/Negeri Sembilan dimana bermulanya Jalan Lama Mantin nak ke Seremban. Disini populasi dia adalah Melayu 98% di Beranang dan Rinching pula kawasan yang dahulunya estet adalah ramai India namun India walaupun ramai di Semenyih dan Rinching kerana dahulunya estet namun ia tidak seramai yang di Klang atau Brickfields kerana ia terbahagi kepada 3 iaitu Melayu, India dan Cina. Persoalan dia, adalah kenapa UMNO/BN mengangkut ratusan India dari tempat lain??? Bas-bas disini semuanya bas dari luar dan bas disini ada dalam 50 buah bas dan semunya adalah kaum India yang bukan penduduk Semenyih sebab ni BN+IPF so nak tunjuk India Selangor sokong dia la tuh. Bas disini teramat-amatlah banyak sehingga menggangu jalan raya yang satu-satunya menghubungkan Semenyih ke KL. Berbeza dengan Bersih dan HKR yang ada banyak jalan altenatif, jalan nak ke KL ada sebuah sahaja jika datang dari arah Beranang atau Semenyih ni iaitu jalan lama KL-Seremban sebelum boleh masuk highway LEKAS atau Kajang SILK. Tesco kan kalau pagi-pagi ikan dan sayuran fresh2 sebab belum pilih lagi. Then naik bas nak balik dengan bawa Tesco punya barang sekali siap tumpang letak goodies UMNO/BN dan barang Tesco dalam shopping cart Tesco lagi. Tesco xguna beg plastik hari Sabtu. Artikel dan gambar adalah milik peribadi broga girl. Artikel di atas ditulis dan dikirimkan oleh Broga Girl. |
You are subscribed to email updates from di semenyih - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan