12 di sungai burong - Google Blog Search |
Umat Islam Wajib Mempertahankan Gaza « PKM <b>Sungai Burong</b> Posted: 24 Dec 2012 11:17 AM PST Batu 10, 24 Dis : Umat Islam wajib untuk mempertahankan bumi Gaza yang terletak di Palestin daripada zionis Israel, kerana disana terletaknya masjid yang menjadi kiblat pertama Umat Islam, iaitu Masjid al Aqsa, dan merupakan bumi para Nabi, Kata Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia (YAM), Haji Jamuliddin Elias. Umat Islam, katanya, wajib menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada rakyat Palestin yang telah ditindas dan dizalimi oleh golongan Israel sejak sekian lama tanpa belas kasihan, katanya lagi yang juga merupakan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang (MPK) Beliau yang pernah ditahan oleh zionis Israel semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada tahun 2010, turut menceritakan pengalaman sewaktu ditahan oleh tentera Israel di dalam Kapal Marvi Marmara yang mengakibatkat seramai 12 orang telah syahid akibat daripada bedilan regim zionis tersebut dan seramai 30 orang lebih telah cedera parah. Manakala kapal yang mereka naiki telah ditawan oleh tentera zionis Israel. Menurutnya sewaktu dikepung oleh tentera Israel, Allah tidak memberikan kegentaran pun dalam diri mereka. Mereka tidak panik. Semua menjaga posisi masing-masing sebagaimana yang telah dilatih. Kemudian bergerak kemas mempertahankan kapal daripada Israel. "Sewaktu helikopter pertama datang dan menyuluh spotlight dari atas. Dua komando turun. Relawan Turki dengan berani telah menangkap komando yang pertama, membuang senjatanya. Tidak berniat bergaduh. Tetapi apabila komando kedua turun, dia mula menembak dengan peluru hidup. Itulah mulanya syahid yang pertama di atas kapal. Tetapi tetap mereka tidak takut kerana mereka memang telah bersedia untuk syahid" katanya lagi Sementara itu Bendahari Muslim Care, Haji Zulkifli Wahijan, pula berkata, Sepanjang pengalamannya terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan di beberapa buah Negara khususnya Gaza, Tentera Zionis bukanlah merupakan tentera yang berani, berbanding tentera Islam. Berdasarkan video yang ditayang, katanya, jelas menunjukkan mereka akan lari bila berhadapan dengan tentera Hamas, walaupun tentera Hamas hanya menggunakan baju sebagai senjata untuk mempertahankan diri berbanding mereka yang dilengkapi dengan senjata yang canggih dan moden. Beliau juga menyeru supaya Umat Islam dapat mengamati hadith Nabi Muhammad S.A.W yang pernah bersabda "Konstantinopel akan ditawan oleh seorang raja, raja yang menakluknya adalah sebaik-baik raja, sebaik-baik tentera adalah tenteranya dan sebaik-baik rakyat adalah rakyatnya" Inilah tentera-tentera yang sedang berjuang dibumi Gaza, kerana untuk menjadi tentera Hamas ianya memerlukan syarat yang ketat antaranya mereka tidak boleh meninggalkan solat lima waktu, menghafal al-Quran dan sebagainya, inilah kekuatan yang ada sebagai seorang tentera Islam yang sedang berjuang dibumi Gaza untuk menentang Israel, katanya lagi Mereka berkata demikian sewaktu menjadi Ahli Panel Forum Untukmu Gaza yang diadakan di Masjid Jamiul Hasanah Batu 10 Tanjong Karang yang dianjurkan oleh Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon ID Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1D, Sharan Mohd Salleh dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dan dipengerusikan oleh Imam Masjid berkenaan Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin. Forum yang diadakan untuk mengutip kepada YAM untuk dibawa ke Gaza telah Berjaya mengutip sebanyak RM7,758.00 dan telah diserahkan oleh Nazir Masjid Jamiul Hasanah, Ustaz Safwan Nayan kepada Haji Jamuliddin Elias. |
You are subscribed to email updates from di sungai burong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan