Jumaat, 18 Januari 2013

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


JALAN PULANG: Ahmad Maslan Yakin Sungguh BN Boleh Rampas <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 05:31 PM PST


Nampaknya, ahli parlimen Pontian yang sorang ni cukup tak makan diajar walau dah bergelar yang berhormat.

Belum habis dengan kes bagaimana terkantoinya Felda hingga membawa kepada malapetaka kepada peneroka akibat harga saham FGVH terus susut, sekali lagi kenyataannya menjadi bahan ketawa kalau tidak pun menyerlahkan kedangkalannya.

Ketika dipetik dari agensi berita rejim Barisan Nasional (BN), Ahmad Maslan berkata:

TELUK INTAN, 6 Jan (Bernama) -- Tsunami politik di negara ini sudah berakhir apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pelbagai perubahan demi membela rakyat tanpa mengira kaum.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata punca tsunami politik berakhir berdasarkan 10 perkara yang dilakukan Najib antaranya program janji ditepati, transformasi, keadilan kepada semua dan hebat di pentas dunia.
"Datuk Najib ini memang telah menghentikan tsunami politik...pada 2008 kita khuatir ada tsunami politik, tetapi 2013 saya yakin ia sudah lama berhenti sejak empat tahun," katanya kepada pemberita selepas program Sepagi Bersama Rakyat di Perumahan Awam Karentina, Batak Rabit, di sini, Ahad.
Katanya pencapaian yang dilakukan Najib sepanjang menjadi Perdana Menteri selama tiga tahun lapan bulan itu sangat baik kerana ia memberi semangat dan keyakinan baharu dalam menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Justeru, beliau yakin BN boleh menang pada PRU-13 termasuk di kawasan Teluk Intan apabila rakyat tidak mengira kaum mula yakin dengan pembaharuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
Ayatnya cukup tersusun indah umpama penyanyi okestra tersohor tetapi adakah dia sendiri berani memaksudkan kata-katanya sendiri?
Untuk rekod, DAP masih kekal mendahului di Teluk Intan walaupun BN berusaha merampasnya berikutan rekod bersih ahli parlimennya, M Manogaran walaupun cuma menang dengan majoriti kecil 1,470 undi menewaskan penyandangnya dari Gerakan, Mah Siew Keong yang menang sebelum itu dengan majoriti besar lebih 10 ribu undi.
Jika benar dia berkeyakinan BN mampu menang dalam pilihanraya umum ke-13 mengapa sehingga kini bosnya, Najib Altantuya masih belum menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan supaya parlimen dibubar?
Mengapa perlu menanti rasuah dan habuan BR1M yang akan disuap hujung bulan ini ditabur baru berani hendak mengadakan pilihanraya?
Kalau benar tsunami politik sudah berakhir empat tahun lalu mengapa Najib Altantuya tak terus memanggil pilihanraya di saat populariti memuncak seperti yang dilakukan bekas perdana menteri, Abdullah Badawi?
Ternyata apa yang diulas ketua penerangan Umno ini tidak lebih daripada menyimpan kebimbangannya BN akan kalah seperti yang dirayu Najib Altantuya Sabtu lalu di Sepang, apabila dia sendiri berharap KLIA2 akan dirasmikannya sendiri pada 28 Jun nanti.
Barangkali Pontian dianggap kubu selamat buatnya tetapi sekiranya BN berjaya ditewaskan, semua itu sudah tidak ada gunanya lagi ibarat menang sorak, kampung yang tergadai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads