Rabu, 30 Januari 2013

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Gambar Lama Buku Latihan Dipapar Untuk Burukkan Imej Adun <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2013 12:16 AM PST

SHAH ALAM, 28 JAN : Isu Buku Latihan Percuma sumbangan Kerajaan Negeri yang didakwa gagal diedarkan Adun Teluk Datuk, Philip Tan merupakan isu yang sengaja direka untuk memburukkan imej beliau menjelang Piliharan Raya Umum Ke -13.

Philip yang dihubungi berkata, gambar yang dipaparkan oleh bekas ahli DAP, Yap Kon Min di media baru-baru ini merupakan gambar lama kerana buku-buku latihan itu sudah diedarkan kepada pelajar yang memerlukan.

Ujarnya, sebelum ini buku-buku latihan tersebut lambat diterima oleh pihak Pusat Khidmat DUN itu menyebabkan ia disimpan bagi mengedarkan pada masa yang sesuai.

"Masa diterima buku latihan itu sekolah sudah dibuka dan apabila saya mengedarkan guru besar menyatakan buku latihan itu sudah lambat untuk diedarkan.

"Gambar yang ditunjuk adalah gambar lama kerana mereka berniat untuk menjadikannya suatu isu dimana ia merupakan cerita lama sekitar setahun ke dua tahun," kata Philip.

Jelas Philip, dakwaan itu sengaja dilempar oleh bekas ahli DAP yang sudah dipecat itu dengan menjaja cerita-cerita untuk memburukkan adun-adun DAP di seluruh kawasan yang ditandingi parti itu.

"Mereka sudah seperti menjadi agen kepada Barisan Nasional," katanya.

Ujar Philip, kini buku-buku itu sudah diedarkan dan hanya menyimpan sedikit yang diperuntukkan untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

" Dakwaan 10,000 buku yang tidak diedarkan itu adalah dakwaan yang salah.

"Kini hanya ada 1,000 buku yang tinggal untuk diperuntukkan kepada pelajar SPM," katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads