ads

Sabtu, 5 Januari 2013

di negeri selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


Kubur Tidak Bernisan <b>Di Negeri Selangor</b> | Daeng Selili Politik Perak

Posted: 02 Jan 2013 11:30 PM PST

Mesti anda tertanya-tanya, benarkah wujudnya kawasan kubur yang tidak bertanda ini? Sedangkan ia bukanlah kubur lama, tetapi kubur yang berada pada zaman ini. Kisah di bawah ini menceritakan tentang segelintir sikap anak-anak kita pada zaman kini yang sanggup menghantar ibu mereka ke rumah kebajikan. Tidak cukup itu lagi, sehinggakan jenazah ibunya pun tidak dituntut oleh si waris. Ini yang menyebabkan mereka dikebumikan di kawasan perkuburan tidak bertanda. Ikuti kisah di bawah ini
Pada suatu petang, beberapa hari sebelum Ramadhan al-mubarak tiba, seorang ustazah yang terlibat sebagai seorang sukarelawan di sebuah rumah perlindungaan orang tua dipinggir negeri selangor membawa Mastika ke sebuah tanah perkuburan Islam. Menurut ustazah ituyang hanya mahu dikenali sebagai sabariah, dia ingin menunjukkan sesuatu kepada wartawan Mastika dan bercerita 'kisah pilu' yang selama ini ditanggungnya sejak menjadi sukarelawan di rumah berkenaan.
Saya tak pernah cerita pada sesiapa kecuali dengan Mastika saja sebab Mastika banyak sedarkan masyarakat , beritahu Ustazah sabariah semasa memarkir keretanya di hadapan tanah perkuburan islam tersebut.Ustazah sabariah lalumenunjukkan ratusan kubur tidak bertanda , tanpa nisan dan hanya dipacak kayu yang hampir reput. Tidak terdapat sebarang nama atau petunjuk pada kubur-kubur berkenaan. Kami lihat terdapat beberapa buah pusara yang masih merah tanahnya ,petanda baru disemadikan beberapa hari lalu.
Apakah kisah menyayat hati yang hendak diceritakan Ustazah sabariah? "Encik nampak tak,kubur-kubur ni sebahagiannya adalah kubur makcik-makcik, pakcik-pakcik yang disemadikan oleh sukarelawan kerana tiada anak-anak yang menuntut jenazah tersebut. Sebahagiannya lagi, ada berwaris tetapi anak-anak tidak berminat membawa balik mayat mereka.Waris-waris si mati serahkan sepenuhnya kepada sukarelawan supaya semadikan mayat tersebut di sini." cerita Ustazah sabariah. Ustazah sabaiah tiba-tiba mengesat air matanya. Kami lihat dia menangis .Air matanya mengalir laju di pipi lalu dikesat dengan hujung kain tudung kain putih yang dipakai. "saya dah 10 tahun kendalikan jenazah makcik-makcik ini.
Tetapi ,sebelum meninggal, mereka selalu sebut nama anak-anak mereka, seorang demi seorang. "saya menangis setiap kali ajar makcik-makcik ini mengucap. Makcik-makcik ini dah saya anggap seperti mak saya. saya lah yang selalu ditanya, ada tak anak-anak makcik datang. Makcik dah nak pergi ni. Saya beritahu, tak ada. Saya kata anggaplah saya anak makcik. Mengucaplah… "saya iringi kematian makcik-makcik ini dengan kalimah syahadah. saya kiamkan tangan mereka. Kemudian saya mandikan jenazah mereka dengan sempurna, selepas itu saya serahkan jenazah makcik ini untuk dikuburkan disini," cerita Ustazah sabariah sambil mengesat air matanya.
Air mata kami juga tidak sedar turut bergenang. Memang sedih. Memang patut Ustazah sabariah bawa kami ke sini, kalau tidak kami tidak tahu apa ertinya kubur tidak bertanda di pinggir negeri selangor ini.
Ustazah Sabariah bercerita lagi, ada seorang makcik yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu meninggal dunia Mac lalu. Sebelum makcik berusia 70 an itu meninggal, seorang anak lelaki nya datang melawat orang tua itu di rumah orang-orang tua tempat ustazah sabaiah menjadi sukarelawan. Makcik itu sedang tenat tetapi anak lelakinya yang berusia 30 an bukan bertanya tentang keadaan ibunya sebaliknya tentang geran tanah di kampung. Pemuda itu mendesak ibunya menyerahkan geran tanah yang disimpan orang tua itu kerana dia menghadapi masalah kewangan.
Pemuda itu memberitahu ibunya, geran tanah pusaka itu perlu ditukar nama sebelum ibunya meninggal dunia. Pemuda itu memaksa ibunya supaya menyerahkan geran tanah tersebut sebelum terlambat. "Kalau mak mati,nanti susah nak jual tanah tu," beritahu pemuda berkenaan.Setiap hari itulah sahaja yang dibisikan ke telinga ibunya yang sedang nazak. Geran,geran,geran….. "Mak beritahu, geran tanah tu mak simpan dimana? Nanti kalau mak mati , anak-anak susah. Macamana kami nak dapat geran tu," desak anaknya bertubi-tubi kepada ibu yang sedang nazak.
Ustazah sabariah menceritakan, dia yang berada ditepi wanita itu tidak mahu mencampuri urusan antara anak dan ibu tua itu.Tetapi jauh disudut hati, ustazah sabariah berasa sedih, sebab disaat-saat ibu tua hendak menghembuskan nafas terakhirnya, pemuda tersebut bukanya meminta ampun ,membaca yasin atau mengajar ibunya mengucap, sebaliknya asyik bertanya tentang geran tanah untuk di jual.
Oleh keana org tua itu sedang tenat , dia tidak mahu bercakap lagi.Lidah nya sudah kelu.Pemuda itu meninggalkan ibunya dengan marah sambil menjerkah "Kalau mak mati, mak bawa lah geran tanah tu ke dalam kubur!" Ustazah sabariah berasa geram yang amat sangat dengan perbuatan celupar pemuda berkenaan.terasa hendak tampar mulut pemuda itu kerana langsung tidak menghormati ibu yang sedang nazak.
Ustazah sabariah terus mengajar makcik tua itu mengucap. Dia tahu saat orang tua itu hendak meninggaldunia semakin dekat. Benar seperti telahan nya, tidak lama kemudian ,makcik tua itu meninggal dunia."Esoknya selepas saya mandi dan kapan jenazah makcik tua itu dihospital ,saya serahkan kepada jawatankuasa untuk dibawa ke tanah kubur tak bertanda ini," cerita ustazah sabariah.
Setelh jenazah di bawa dengan van mayat, pemuda berkenaan tiba-tiba muncul dirumah orang-orang tua ,bertanyakan ibunya.Ustazah sabariah sudah bersiap .Jika pemuda itu bertanya ,dia ingin mengajar pemuda yang biadap dengan ibu nya itu. " Mana ibu saya?" tanya pemuda bekenaan.Ustazah sabariah hanya diam,perasaan marahnya terhadap perbuatan pemuda itu semalam masih menggelegak. "Apa awak hendak?" tanya Ustazah sabariah. "Saya nak tahu mak saya dah meninggal ke belum?"tanya pemuda berkenaan.
"kalau dah meniggal ,apa awak hendak?" tanya ustazah sabariah. "kalau mak saya dah meninggal saya nak minta sijil mati,saya nak jual tanah pusaka tu.Kami adik beradik nak bahagi harta mak," beritahu pemuda itu. Hei ,Kamu ni manusia jenis apa ? Mak kamu baru meniggal ,mayat nya belum dikuburkan lagi,kamu hendak minta sijil mati! Apa jenis manusia kamu ni? Semalam kamu paksa mak kamu bagi geran,Sekarang kamu nak minta sijil mati.
"kamu tahu tak mayat mak kamu agaknya sekarang orang tengah nak masukan kedalam liang lahat. Patut nya kamu doakan mak kamu, bukan nya berebut harta !" Ustazah sabariah memarahi pemuda berkenaan. Pemuda itu tidak menghiraukan teguran ustazah sabariah tetapi asyik meminta sijil kematian ibunya.
"saya datang sini sebab nak tahu mak saya dah mati ke belum .kalau dah mati ,saya nak sijil mati mak saya,bukan hendak bergaduh dengan ustazah !" kata pemuda berkenaan dengan suara meninggi. Ustazah sabariah meniggalkan pemuda tersebut.Dia tidak mahu lagi melayan manusia berhati binatang tetapi pemuda itu asyik mengekorinya."kamu hendak apa lagi?" Mak kamu tengah dikebumikan pergilah ke kubur tu bantu mak kali terakhir !"desak ustazah sabariah.
"hah! saya nak sijil mati mak,saya nak jual tanah ,bukannya nak pergi gali kubur!" beritahu pemuda berkenaan berdegil enggan pergi. Pada ketika itu ustazah sabariah sudah tidak mampu lagi manahan sabarnya .dia merenung pemuda tersebut dan memarahina.
"Awak jangan buat kacau kerja kamidi sini,saya tak nak tgk muka awak lagi!Awak tak ada hak nak ambil sijil mati mak awak .awak bukan jaga mak awak .Awak bukan bela mak awak .awak hantar mak awak ke rumah orang2 tua.awak seronok habiskan harta mak.Anak jenis apa awak ni?"herdik ustazah sabariah.kemarahannya sudah sampai kemuncak.
Akhirnya pemuda itu beredar tetapi tidak pergi mengebumikan jenazah ibunya."Kisah makcik tu memang sedih. Di ada enam org anak tetapi tak ada sorang pun sanggup menjaganya.dia benyak cerita dengan saya,dia berasa sedih dibiarkan anak-anak bekerja pakai kereta besar," cerita ustzah sabariah.Air matanya menitis lagi.
Ustazah sabariah kemudian menunjukkan kubur makcik tua itu yang hanya dipanggil nya makcik salmah."kalau anak-anak makcik salmah nak cari kubur mak mereka, takkan jumpa. Kami tak ada tanda atau tulis nama-nama mereka.tak ada batu nisan.Kami namakan kubur2 tak berwaris,"
cerita ustazah sabariah
.
Pernah pemuda tersebut datang berjumpa ustazah sabariah bertanyakan kubur ibunya .pemuda itu datang dengan beberapa buah kereta mungkin bersama adik-beradiknya. "dia tanya saya,ingat lagi tak?saya cakap saya tak kenal awak!" jelass ustazah sabariah. Pemuda itu memberitahu dialah anak makcik salmah yang meniggal dunia beberapa minggu lalu.dia memberitahu tujuannya datang untuk menziarahi kubur ibunya.
"saya cakap pada pemuda itu awak carilah sendiri .saya tak tahu,"beritahu ustazah sabariah.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved