Ahad, 6 Januari 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2013 09:32 PM PST

jawatan kosong 2013 di spn selangor

Jawatan Kosong 2013: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor) telah ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Bab 10 Fasal 97(9) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes pelanggaran tatatertib dengan tujuan dikenakan hukuman turun pangkat atau buang kerja. Walau bagaimana pun, Suruhanjaya boleh menjatuhkan hukuman yang lebih ringan. Sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes rayuan di atas keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib di peringkat Daerah dan Jabatan Negeri dimana keputusan yang dibuat adalah muktamad.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-

1. Jurubahasa L17

2. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa J17

3. Pembantu Syariah LS17

4. Pengawas Hutan G11

5. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa J29

6. Penolong Pegawai Syariah LS27

7. Renjer Hutan G17

Pemohon dinasihatkan supaya membaca panduan yang disediakan terlebih dahulu.  Perhatian khusus hendaklah diberikan kepada syarat2 yang dinyatakan dalam iklan Suruhanjaya ini dan juga syarat dalam skim perkhidmatan. Ini bagi memastikan supaya pemohon yang benar-benar berkelayakan sahaja yang memohon.
Disamping mengisi borang permohonan dengan lengkap, pemohon juga dikehendakki memuat naik dokumen-dokumen yang berkaitan sahaja bagi memastikan maklumat lengkap yang sepadan dapat dikumpul oleh Suruhanjaya ini semasa proses tapisan permohonan. Suruhanjaya ini tidak akan bertanggungjawab sekiranya permohonan tuan/puan tidak  melepasi proses tapisan yang dijalankan akibat kegagalan tuan/puan mengisi borang dengan lengkap dan tidak memuat naik dokumen-dokumen yang dikehendaki atau memuat naik dokumen-dokumen secara tidak lengkap. Permohonan yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan juga tidak akan melepasi proses tapisan ini.

Tarikh Tutup Permohonan : 11 Januari 2013

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 dan panduan untuk membuat permohonan ini.Permohonan adalah secara 'online' menerusi laman web SPN Selangor.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

You can leave a response, or trackback from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads