Isnin, 18 Februari 2013

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Warga Emas DUN <b>Ijok</b> Ceria Terima Kunjungan Menteri Besar

Posted: 15 Feb 2013 02:14 AM PST

BESTARI JAYA 15 FEB : Bekas guru yang berkhidmat lebih 25 tahun,Sana'ah Binti Muhammad yang terlantar mengidap penyakit kencing manis dan dipotong kakinya sejak tiga tahun lalu tidak menyangka menerima kunjungan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Sana'ah yang kini tinggal bersama seorang anaknya di Taman Yang Ming, Bestari Jaya sungguh terharu kesudian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melawat ke rumahnya walaupun dalam kesibukan jadual Abdul Khalid memikul tugas sebagai Menteri Besar dan Adun Ijok.

Sebelum ini Sana'ah pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Badong dan Sekolah Kebangsaan Jaya Setia.

"Saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tan Sri Khalid yang sudi melawat saya di sini dan terima kasih juga saya ucapkan di atas bantuan yang diberikan," kata Sana'ah ketika ditemui TVSelangor.

Dalam kesempatan ini juga Abdul Khalid dan wakil pejabat Datuk Menteri Besar di DUN Ijok bertanya khabar perkembangan terkini kesihatannya sambil menghulurkan bantuan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.

Abdul Khalid juga dalam lawatan di Bestari Jaya itu juga berkesempatan melawat rumah yang juga bekas guru, Salamah Ali yang mengidap penyakit buah pinggang dan memerlukan khidmat dialisis.

"Kunjungan Tan Sri Khalid dan bersama wakil pejabat Datuk Menteri Besar DUN Ijok amat bermakna bagi kami sekeluarga dan kami amat hargainya," kata Salamah.

Abdul Khalid juga menyampaikan turut berkunjung ke rumah Jamaludin Tahir di Taman Seri Indah Ijok bagi menyampaikan sumbangan kerusi roda.

Sebelum itu, Abdul Khalid bersama-sama penduduk di sini Solat Jumaat di Masjid Jame' India Pekan Bestari Jaya.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads