Ahad, 24 Februari 2013

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


UMNO Cawangan Bukit Ampang: Kalimah Allah : Salah Presiden <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 11:16 AM PST

AIDCNews – 23/02/13 – Pas didakwa menggunakan strategi 'golok mata dua' dalam menangani isu kalimah Allah, iaitu dua versi keputusan yang berbeza kepada kelompok ahli Pas dan kelompok Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai strategi untuk menyelamatkan sokongan kedua-dua pihak, ahli parti dan Pakatan.
Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Norman Toha berkata parti itu membuat dua keputusan berhubung isu tersebut, iaitu pada 8 Januari, membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain, ketika bersidang bersama Pakatan, namun pada 13 Januari, ketika mesyuarat Ahli Majlis Syura parti itu, Pas membuat keputusan yang bertentangan dengan keputusan sebelumnya.
"Kenyataan bersama Pas, bersama dengan rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat, PKR dan DAP pada 8 Januari, tidak ditarik semula.
"Saya lihat di situ ada dua keadaan. Pas, orang Pas duduk dalam kelompok orang Pas, mereka mengatakan 'TIDAK BOLEH'. Tetapi Pas bersama orang-orang Pakatan Rakyat, DAP dan PKR, mereka kata 'BOLEH'.
"Adakah Majlis Syura Ulama tidak menyedari keadaan seperti ini ? Saya kata ini mengelirukan orang Pas. Dan lebih mengelirukan adalah orang-orang yang bukan daripada parti Pas,"katanya dalam ceramah memperkasakan akidah anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan di Seksyen 9 di Shah Alam, malam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads