Sabtu, 23 Februari 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Polis Tahan Empat Lelaki Berhubung Kes Samun Kedai Emas <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 07:34 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes samun kedai emas di hadapan Balai Polis Selayang Baru pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata suspek, yang berusia antara 16 dan 27 tahun, ditahan ketika polis menyerbu sebuah rumah di Lot 27, Jalan 18 Kampung Melayu, Batu Caves pada kira-kira 6.50 petang.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua motosikal iaitu Honda EX5 dan Kawasaki RR serta empat resit pajak gadai dan dua helai "vest"," katanya kepada Bernama malam ini.

Semalam, dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang emas bernilai kira-kira RM200,000 ketika menyamun sebuah kedai emas di depan Balai Polis Selayang Baru.- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads