ads

Isnin, 11 Februari 2013

12 di sungai panjang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


INFO BANJIR <b>DI</b> KELANTAN 24 DISEMBER 2012

Posted: 23 Dec 2012 09:04 PM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Info banjir di Kelantan 24 Disember 2012 – 18 mangsa dipindahkan

Kelantan mula dilanda banjir hari ini setelah hujan lebat beberapa hari lalu menyebabkan Sungai Golok merentasi daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang melimpah dan berlaku banjir di kawasan sekitar menyebabkan 18 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara

amaran banjir info banjir di kelantan 24 disember 2012

Menurut Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), dengan Kelantan merupakan negeri terbaharu dilanda banjir, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan kini adalah seramai 430 orang di seluruh negara

Negeri lain yang sedang dilanda banjir ialah Terengganu yang mencatat jumlah perpindahan seramai 305 orang, Selangor (91 orang) dan Johor (16 orang)

Di Kelantan, kesemua mangsa terdiri daripada empat keluarga di Kampung Tasek, Bukit Awang, Pasir Puteh yang telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Awang sejak pukul 12 tengah malam tadi setelah rumah mereka digenangi air sedalam hampir satu meter

Di Terengganu tujuh pusat pemindahan dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Setiu, Marang dan Dungun, diikuti hanya satu pusat dibuka di Johor iaitu di Batu Pahat, manakala di Selangor, tiga pusat pemindahan dibuka di Kuala Selangor dan Klang

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), tiga batang sungai di Terengganu melebihi paras bahaya iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Sungai Besut di Kampung La dan Sungai Berang di Kampung Menerong

Manakala di Kelantan, Sungai Golok di daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang juga melebihi paras bahaya

Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini

Daerah yang dijangka terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelanta manakala di Terengganu meliputi Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman

Dalam pada itu, hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana di Pahang dan Johor hari ini dijangka berterusan sehingga Rabu

Kawasan tersebut ialah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor – BERNAMA

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Ruangan Komen Facebook Untuk berkongsi pendapat atau Maklumat

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved