Isnin, 4 Mac 2013

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Parti Sosialis Malaysia <b>Semenyih</b>: Pelancaran Manifesto PSM - PRU <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 06:30 PM PST

Hari ini, PSM Semenyih telah mengadakan program pelancaran Manifesto PSM sempena PRU 13. PSM telah mencalonkan Sdr. Arul sebagai calon untuk bertanding di PRU-13. Sdr. Arul telah bertanding di PRU-12, tetapi telah kalah kepada calon BN dengan perbezaan seribu undi. Walaupun kalah, kerja-kerja membantu rakyat tetap diteruskan di kawasan Semenyih.
Sdr. Sivarajan, Bendahari Kehormat PSM telah hadir bersama. Beliau telah menerangkan mengenai kandungan manifesto PSM kepada para hadirin. Terdapat enam isu utama dalam manifesto PSM iaitu:
  • Jaminan Kerja dan Gaji Munasabah
  • Pemeliharaan Alam Sekitar
  • Sistem Pendidikan dan Kesihatan Awam yang Percuma dan Berkualiti
  • Pilihanrya Kerajaan Tempatan  
  • Pengangkutan Awam yang Murah dab Berkesan
  • Perumahan Tetap dan Selesa

Ini diikuti oleh penerangan Sdr. Arul berhubung Manifesto Semenyih, iaitu isu-isu yang akan diperjuangkan oleh PSM di peringkat Semenyih. Sdr. Arul memaklumkan bahawa terdapat tiga cabaran atau isu utama di Semenyih iaitu Masalah kesesakan lalulintas di Semenyih, Masalah Pencemaran Sungai dan Bau serta Masalah Banjir Kilat. 
Sdr. Arul turut menjelaskan 11 langkah yang akan diambil untuk mencari penyelesaian bagi isu-isu ini. Antaranya adalah :
  • Melobi untuk sistem MRT dari Kajang melalui Semenyih dan Beranang serta pembukaan Jalan dari Rinching Hilir ke LEKAS;
  • Mengatasi masalah hakisan di Sg. Semenyih serta pembinaan Parit sepanjang jalan Semenyih- Beranang dan mencari penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah banjir di Broga
  • Mencari penyelesaian untuk isu konflik kilang RDF serta mengambil langkah serius terhadap isu pencemaran sungai;
  • Memastikan tanah simpanan orang asli digazet;
  • Memastikan perumahan alternatif tetap untuk pekerja ladang;
  • Mewujudkan satu jawatankuasa yang demokratik di peringkat kampung yang dipilih penduduk tempatan untuk mengendali isu infrastruktur serta isu kampung tanpa sebarang rasuah;
  • Mendesak Majlis kerajaan tempatan ambilhalih Pangsapuri kos rendah untuk mengutip satu cukai serta mengambil alih kerja penyelenggaran;
  • Memberi kuasa untuk JK penduduk taman untuk memantau secara terus kerja-kerja yang dibuat kontraktor sampah serta memberi dana kepada JK untuk menyelenggara taman-taman permainan;
  • Meningkatkan Infrastruktur awam di Semenyih;
  • Menjadikan Semenyih sebagai kawasan Hijau dengan melebihkan penanaman pokok serta memelihara semua hutan lipur; dan
  • Mengadakan pilihanraya majlis Tempatan, Taman dan Kampung.
 Ini diikuti dengan sidang akhbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads