Khamis, 21 Mac 2013

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


LADAP 2. : <b>di Sabak Bernam</b> Mini Convention Centre.

Posted: 23 Feb 2013 05:59 PM PST

Bismillah
alhamdulillah dan selawat buat Rasul junjungan,ahli keluarga baginda serta sahabat yang diredhai Allah SWT.

Hari yang membahagiakan dapat menambah ilmu untuk meningkatkan qualiti diri sebagai insan yang bernama guru. Semua guru SAMTAJ perlu menghadiri LADAP 2 yang diadakan di Mini Convention Centre Sabak Bernam.

Mendapat amanah sebagai ketua bahagian jamuan perlu prihatin dengan penyediaan sarapan pagi dan makan tengahari. alhamdulillah urusan mudah walaupun caterer HANANIA membatalkan tempahan kerana terdapat salah seorang ahli keluarganya yang meninggal dunia.
Terima kasih kepada Pn. Rashidah n Pn Norasmawati yang membantu menyelesaikan hal makanan ini.

Rasa seronok juga kali ni berkursus di luar sekolah. Sebelum bercerita tentang perihal LADAP Ustazah ingin kongsikan tentang Mini Convention Centre yang terletak di Pekan Sabak Bernam.
Pusat seminar ini merupakan pusat seminar berbentuk mini yang boleh memuatkan sehingga 150 orang peserta di dalam satu- satu masa. Pada masa ini disebabkan ada masalah teknikal kebocoran bumbung tempat penginapan tidak dapat disediakan. Jika sudah dibaik pulih, pusat ini boleh menampung sehingga 60 orang peserta dengan penginapan. Menyediakan dewan seminar yang selesa. Juga terdapat bilik yang merupakan seperti bilik kelas yang boleh memuatkan sehingga 20 orang di dalam satu bilik.

Dewan Seminar yang kami gunakan berharga RM400 dan dewan makan berharga RM200. Jumlahnya kos yang perlu dibayar adalah RM600 sehari. Maksudnya bermula dari jam 8.00 am hingga 12,00 malam...murah bukan?

Tajuk pertama agak berat sedikit mengenai Jadual Spesifikasi Ujian yang di sampaikan oleh Pn Sharifah Abdul Rahman daripada SMKA Kuala Selangor..terima kasih diucapkan banyak ilmu yang dicurahkan. Slot kedua di ambil alih oleh Ustaz Syaifuddin mantan Ketua Sektor Dakwah JPS..berkaitan tajuk qualiti guru..rasa makin semangat untuk terus mengajar anak murid.

Terima kasih pada yang terlibat menjayakan kursus pendek pada hari ini. Semoga manfaatnya dapat kita amalkan untuk mendidik anak bangsa demi kerana Allah...tunggu LADAP seterusnya di Melaka pula khabarnya..

Artikel yang berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads