ads

Ahad, 3 Mac 2013

12 di sepang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Seramai 190 Mangsa Banjir Dipindah <b>Di Sepang</b>

Posted: 26 Feb 2013 09:08 PM PST

SHAH ALAM 27 FEB : Seramai 190 mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir di Daerah Sepang setakat jam 10 pagi ini.

Kejadian banjir itu berlaku di Kampung Jenderam Hulu dan Kampung Ambar Tenang, Dengkil.

Mengikut laporan Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), ia melibatkan 27 keluarga iaitu seramai 142 yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ampar Tenang, Dengkil.

Dan 11 keluarga yang melibatkan 48 orang di Pusat Pemindahan Taman Gemilang, Sepang.

Justeru, orang ramai dinasihatkan membuat persediaan banjir khususnya di kawasan rendah dan mendapatkan info perkembangan cuaca dari masa ke semasa daripada pihak berkuasa.

Apabila berlaku banjir orang ramai diingatkan untuk memastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik.

Ikuti arahan pihak berkuasa dengan segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan.
Untuk Info Lanjut L Bilik Gerakan

Pejabat Pembangunan Negeri Selangor
Telefon: 03-78849299

Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKM)
Telefon: 03-55192876 / 03-55445415

Bilik Gerakan IPK Selangor
Telefon: 03-5514 5416 / 5414

Bilik Gerakan MKN Selangor
Telefon: 03-55218794

Pendapat Anda

Pendapat

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved