ads

Ahad, 21 April 2013

12 di dengkil - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


Calon KEADILAN <b>Dengkil</b> yakin bawa kemenangan untuk Pakatan <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 09:34 PM PDT

(Oleh Norutul Ilham)

DENGKIL 16 APRIL: Biarpun Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil mengalami kekalahan agak tinggi berbanding kawasan lain dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, alasan itu tidak akan mematahkan semangat calon KEADILAN, Borhan Aman Shah untuk menewaskan calon BN pada PRU 5 Mei ini.

Pada PRU 2008, Datuk Marsum Paing memenangi DUN Dengkil dengan majoriti 3,367 mengalahkan calon KEADILAN, Ishammudin Ismail dengan undi 8,471 berbanding calon BN, 11,838.

borhanMenurut Borhan, amanat parti meletakkan beliau di DUN itu sebagai asas untuknya meneruskan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

"Saya pasti PRU kali ini, Dengkil bukan lagi kubu kuat BN. Pada PRU 2004, kita kalah dengan majoriti 8,000 lebih tapi pada 2008, kita kalah dengan majoriti 3,000 lebih sahaja.

"Bermakna kali ini kita yakin akan bawa kemenangan. Saya selaku Penyelaras DUN Dengkil dari awal lagi bekerja keras untuk menawan kawasan BN," katanya kepada Keadilan Daily.

Borhan berkata, hasil lima tahun pentadbiran Pakatan di Selangor akan menjadikan titik tolak untuk rakyat buka mata supaya pada pilihan raya kali ini, calon dari parti itu diamanahkan untuk menjaga kebajikan mereka.

"Dengkil antara kawasan kerap banjir. Menteri Besar Selangor baru-baru ini serahkan peruntukkan RM50 juta untuk mengatasi kejadian sama berulang. Saya percaya rakyat mahu Pakatan kekal di Selangor," kata Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Selangor itu.

Borhan menambah, kejayaan Pakatan di Selangor memudahkan proses meraih undi pada PRU 13 kerana kepercayaan rakyat kepada Pakatan sekarang lebih tinggi jika dibandingkan dalam PRU 12.

"Secara keseluruhan, setiap kawasan dan perkampungan tiada masalah besar, mereka lebih terbuka mungkin kerana kawasan itu semi urban.

"Tawaran Manifesto Pakatan juga diterima baik. Daripada jumlah pengundi lebih kurang 39,000 terdiri dari kalangan generasi muda dan pertengahan, memudahkan untuk kita beri penerangan," katanya. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50507

{cerita budak jawe}: Percutian <b>di</b> Paya Indah Wetland, <b>Dengkil</b>

Posted: 20 Mar 2013 01:29 AM PDT

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, weekend lepas 16hb dan 17hb Mac 2013, aku bersama sahabat-sahabat aku bermalam di Paya Indah Wetland, Dengkil. Kitorang memang selalu plan buat aktiviti bersama camni supaya dapat rapatkan lagi ukhuwah. Ni merupakan trip pertama selepas percutian makan buah-buahan di Ulu Dong, Raub Pahang.

Walaupun tempat ni lebih kurang 15 minit je dari Putrajaya tapi aku percaya ramai yang tak pernah pergi sini:) Sebenarnya Paya Indah ni di bawah seliaan Jabatan Perhilitan Malaysia.  Luasnya kira-kira 3000 hektar.

Aku tulis kat caption gambar jelah pasni. Info semua aku letak kat situ je. Semua gambar guna kamera handphone je tanpa edit. Boleh klik gambar untuk besarkan :


















































Alhamdulillah dapatlah kitorang spend masa bersama-sama. Insyaallah ada rezeki nanti kitorang ada rancang camping kat lokasi lain yang lebih best lagi:) Aku sebenarnya dah penat taip ni. Tapi nak bagitau tempat ni memang berbaloi dan dapat eratkan lagi ukhuwah kitorang semua.

Kalau korang cari tempat nak rehat dan tenangkan fikiran di lokasi yang dekat dan murah bolehlah pertimbangkan lokasi ni. Tempat ni kurang pengunjung sebab kurangnya promosi. Ia memang berpotensi nak dijadikan kawasan beriadah bagi penduduk sekitar Lembah Klang.

Selain duduk kat chalet korang boleh berkhemah, berkayak, memancing, buat aktiviti jungle trekking dan lain-lain lagi kat sini. Kalau nak jalan2 petang-petangpun boleh naik basikal. 1 basikal RM5 sejam. Basikal budak-budakpun ada. Bolehlah naik basikal sekeluarga atau pun jogging kat sini. Harap info tu membantu serba sedikit bagi sesiapa yang tak tahu langsung tempat ni. Bercuti tak semestinya perlukan modal besar:)

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved