Isnin, 15 April 2013

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


BERSAMA MAZIDUL: PELACURAN TIANG <b>DI PETALING JAYA</b>

Posted: 20 Feb 2013 10:32 PM PST

Jika diperhatikan, banyak tiang telefon dan elektrik juga pokok, kini menjadi mangsa kepada pengiklanan haram. 
Pelbagai perkhidmatan ditawarkan namun menggunakan ruang iklan tidak sah sekaligus melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Lihat tiang lampu trafik di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor ini.
Iklan haram ditampal secara semberono tanpa mempedulikan keselesaan masyarakat memandang.
Saya difahamkan, penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, berulang kali menanggalkan iklan terbabit tetapi kemudian ditampal dan diikatkan semula ke tiang.
Syarikat menjual kereta pula tidak terkecuali menggantung iklan di dahan pokok.
Kenderaan dijual berharga puluhan ribu ringgit tetapi masih ingin menggunakan kaedah pengiklanan haram kerana percuma.
[ Klik di sini untuk 'Makan Free' ] 
"Penggantung iklan datang menaiki lori pada siang hari kemudian menggunakan tangga untuk menampal iklan di tiang. Sebilangan mereka turut membuang papan iklan syarikat lain dan meletakkan iklan mereka di tempat paling tinggi sekali," lapor pengawal keselamatan.
Ternyata kini semakin banyak tiang dilacurkan.
Kepada penguatkuasa MBPJ bertanggungjawab, mohon tanggalkan semua iklan haram terbabit.
Saya telah membuat aduan melalui pesanan ringkas kepada pihak berkuasa tempatan itu pada jam 2.28 petang tadi.
Jangan iklan haram sampai ke puncak ...
Bimbang, nanti masyarakat setempat melihat kakitangan MBPJ tidak menjalankan tugas sepatutnya.
Usah menjadi seperti ADUN Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim, hanya mendiamkan diri, 5 soalan penting masih belum dijawab lagi, klik di sini.

Najib Dan Keluarga Makan Tengah Hari <b>Di</b> Little Penang Cafe <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2013 04:41 AM PDT

PETALING JAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga hari ini meluangkan masa di hujung minggu untuk menjamu selera bersama orang ramai di sebuah restoran di pusat beli belah di sini.

Najib, yang kelihatan santai dengan berbaju-t berwarna putih bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anak iaitu Norashman Razak dan Nooryana Najwa serta tunang Nooryana Najwa, Daniar Nazarbayev memilih kedai makan "Little Penang Cafe" yang menawarkan masakan asli penjaja Pulau Pinang untuk menjamu selera.

Antara pesanan makanan yang dibuat Perdana Menteri dan keluarganya ialah asam laksa, laksa kuah lemak Siam, "Aromatic Chicken Set" dan "Penang Hokkien Prawn Mee" berserta milo ais, cincau dan barli, dengan pencuci mulut rojak buah.

Kehadiran pemimpin nombor satu negara bersama keluarga di restoran itu telah menarik perhatian pengunjung ke pusat beli belah itu yang turut mengambil peluang beramah mesra dan bergambar bersama mereka.

Najib dan keluarga meluangkan masa kira-kira sejam di restoran itu.

Seorang kakitangan restoran yang mengambil pesanan makanan Perdana Menteri dan keluarga, Jumat Kasneh berkata beliau berasa teruja dan gembira dengan ketibaan perdana menteri bersama keluarga.

"Perdana Menteri sangat mesra dengan semua orang dan senang untuk berkomunikasi," katanya yang sudah bekerja di restoran itu selama 10 tahun.   – Bernama

Video Panas Serangan Di Ibupejabat PKR <b>Di Petaling Jaya</b> | Politik <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 05:00 PM PDT


 Sejak akhir-akhir ini Politik samseng telah mula melanda negara kita, seolah-olah negara kita ini tiada undang-undang untuk menghalang perkara gila ini dari terus berlaku. Sistem pencegahan yang tidak adil, jika perbuatan dari pihak pembangkang cepatnya di ambil tindakan tetapi jika di pihak kerajaan tiada tindakan diambil. 

Semakin hari aku tengok budaya menghasut telah disemat ke dalam dada orang melayu betapa jahatnya pembangkang terutama Anwar seolah-olah segala kejahatan di Malaysia ini adalah disebabkan oleh beliau, inilah terjadi apabila ada sifat bacul dan satu lagi isu Emosi adalah  Cina akan memerintah Malaysia jika diberi mandat. Permainan Emosi talah di canangkan berulang-ulang sehingga kaum Melayu yang buta maklumat akan marah dan terjadinya Politik Samseng seperti sekarang.

Kes Tian Chua, Fitnah terhadap Anwar Ibrahim di mainkan di media Massa Perdana saban hari. Adalah tidak adil apabila orang yang dituduh tidak diberikan hak untuk membuat pembelaaan, inikah ajaran yang diajar di dalam Islam.

Haish3........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads