Ahad, 14 April 2013

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Aziz Bari yakin <b>Sabak Bernam</b> paling berpotensi dimenangi Pakatan <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2013 05:34 AM PDT

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 7 Apr:  Calon KEADILAN di Parlimen P092 Sabak Bernam, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menang di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Menurut Aziz, sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat di Sabak Bernam berada di kedudukan 'nombor satu di Selangor dan nombor 10 di Malaysia'.

Aziz Bari 02"Umno-BN menang kurang daripada 10 peratus pada pilihan raya umum 2008. Undi mereka menurun sebanyak 9.7 peratus berbanding 2004.

"Sabak Bernam lebih cerah dari segi peluang, hatta kalau dibanding dengan Pandan dan Sepang," kata bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa itu.

Ini adalah kali pertama Aziz bertanding  pilihan raya, dalam usaha menempatkan dirinya sebagai wakil di  institusi perundangan tertinggi negara.

Pakar perlembagaan yang tidak asing dalam dunia akademik ini berkata, gerak kerja dan persiapan kempen pilihan raya bagi menawan P092,  telah dimulakan sejak berbulan lalu.

"Alhamdulillah, gerak kerja lancar. BN cuma nampak hebat dari segi pasang bendera sahaja. Program mereka cuma sampaikan BR1M  (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Itu pun kecoh, rakyat dihina macam duit itu duit poket mereka (Umno BN)," kata Aziz.

Dalam pada itu kata Aziz, ada di kalangan penduduk di kawasan pedalaman di Selangor ditipu, kononnya pemberian air percuma di negeri itu dilaksanakan  kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, kempen itu giat dijalankan oleh ketua-ketua kampung yang dilantik oleh kerajaan pusat.

"Ketua kampung Umno-BN ini dibayar gaji oleh pusat. Mereka ini hanya membuang duit rakyat sebab mereka tidak buat apa-apa, sekadar menabur penipuan Umno untuk memastikan parti itu terus bergerak di peringkat akar umbi," katanya kepada Keadilan Daily.

Pada PRU 11 pada tahun 2004, calon KEADILAN, Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari Umno dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi.

Bagaimanapun, undi majoriti berjaya dikurangkan secara drastik hingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008. Badrul memperoleh 10,720 berbanding Abdul Rahman Bakri dari Umno yang memenangi kerusi itu dengan 12,055 undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49656

480 Rumah Mampu Milik Dibina <b>Di Sabak Bernam</b>

Posted: 26 Mar 2013 02:04 AM PDT

SABAK BERNAM 26 MAC : Sebanyak 480 Rumah Mampu Milik (RMM) akan dibangunkan di Panchang Bedena di sini dengan harga di bawah RM100,000 sebuah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek di tanah seluas kira-kira 25 ekar itu akan melibatkan kos pembangunan kasar kira-kira RM85 juta.

Ia akan dibangunkan sepenuhnya oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

"Pembangunan di Sabak Bernam adalah penting bagi memastikan golongan muda terus menetap dan memperolehi peluang pekerjaan di kawasan ini dengan kita juga ingin membangunkan ekonomi anak muda di kawasan ini.

"Pembangunan menyeluruh diharap dapat dilaksanakan segera dan dirangka dengan betul dan dijadikan projek contoh di kawasan Sabak Bernam," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pecah Tanah Pembangunan Perumahan Bercampur dan Pusat Rehat dan Rawat (R & R) Ladang Air Manis Panchang Bedena di sini.

Projek perumahan berkualiti pada harga yang munasabah ini dibangunkan bersama dengan pembangunan kawasan perumahan bercampur dan komersil serta kemudahan kawasan rehat dan rawat ( R & R) yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datuk Ahmad Omar berkata, projek pembangunan bercampur itu dirancang untuk membangunkan rumah teres dua tingkat kos sederhana.

Manakala rumah kos sederhana rendah dan rumah kos rendah akan dibangunkan berkonsepkan 'townhouse' termasuk pembinaan kedai pejabat tiga tingkat dan lot komersil.

"Kemudahan lain adalah pembinaan Pusat Rehat Dan Rawat (R & R) dan stesyen minyak bagi memudahkan pengguna jalan utama yang melewati kawasan ini disamping memberikan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk setempat," katanya.

Turut hadir dalam majlis itu Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Zailani Kadir.

Pendapat Anda

Pendapat

Kerajaan Rakyat: PRU-13: <b>Sabak Bernam</b> berada <b>di</b> kedudukan <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2013 07:31 PM PDT


Calon KEADILAN di Parlimen P092 Sabak Bernam, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menang di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
Menurut Aziz, sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat di Sabak Bernam berada di kedudukan 'nombor satu di Selangor dan nombor 10 di Malaysia'.
"Umno-BN menang kurang daripada 10 peratus pada pilihan raya umum 2008. Undi mereka menurun sebanyak 9.7 peratus berbanding 2004.
"Sabak Bernam lebih cerah dari segi peluang, hatta kalau dibanding dengan Pandan dan Sepang," kata bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa itu.
Ini adalah kali pertama Aziz bertanding  pilihan raya, dalam usaha menempatkan dirinya sebagai wakil di  institusi perundangan tertinggi negara.

Pakar perlembagaan yang tidak asing dalam dunia akademik ini berkata, gerak kerja dan persiapan kempen pilihan raya bagi menawan P092,  telah dimulakan sejak berbulan lalu.
"Alhamdulillah, gerak kerja lancar. BN cuma nampak hebat dari segi pasang bendera sahaja. Program mereka cuma sampaikan BR1M  (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Itu pun kecoh, rakyat dihina macam duit itu duit poket mereka (Umno BN)," kata Aziz.
Dalam pada itu kata Aziz, ada di kalangan penduduk di kawasan pedalaman di Selangor ditipu, kononnya pemberian air percuma di negeri itu dilaksanakan  kerajaan Barisan Nasional.
Katanya, kempen itu giat dijalankan oleh ketua-ketua kampung yang dilantik oleh kerajaan pusat.
"Ketua kampung Umno-BN ini dibayar gaji oleh pusat. Mereka ini hanya membuang duit rakyat sebab mereka tidak buat apa-apa, sekadar menabur penipuan Umno untuk memastikan parti itu terus bergerak di peringkat akar umbi," katanya kepada Keadilan Daily.
Pada PRU 11 pada tahun 2004, calon KEADILAN, Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari Umno dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi.
Bagaimanapun, undi majoriti berjaya dikurangkan secara drastik hingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008. Badrul memperoleh 10,720 berbanding Abdul Rahman Bakri dari Umno yang memenangi kerusi itu dengan 12,055 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads