Isnin, 13 Mei 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Selangor Selesaikan Projek Perumahan Pekerja Ladang <b>Bukit Raja</b>

Posted: 21 Mar 2013 03:58 AM PDT

KLANG 21 MAC : Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan projek perumahan bermasalah untuk 76 bekas pekerja ladang di Bandar Bukit Raja di sini dengan pembinaan rumah teres bernilai RM 77,000 di satu kawasan berhampiran.

Pembinaan projek perumahan itu dijayakan dengan kerjasama pemilik hartanah, Sime Darby Property Berhad (Sime Darby) dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata persetujuan dicapai antara Kerajaan Negeri dan Sime Darby bagi pembinaan projek perumahan ini.

Sebelum ini, 76 bekas pekerja tersebut memnuntut rumah teres daripada majikan mereka kerana rumah asal yang dijanjikan kepada mereka tidak sesuai.

Kumpulan itu akhirnya terpaksa membawa kes mereka ke mahkamah.

"Rumah ini dijual kepada bekas pekerja ladang dengan harga RM 70,000 iaitu diskaun RM 7,000 dari harga asal RM 77,000. Untuk makluman harga pasaran sebenarnya ialah RM 250,000.

"Biarpun ada masalah pada awalnya termasuk kes mahkamah tetapi ia dapat diselesaikan dan semua 76 bekas pekerja ladang ini akan memiliki rumah mereka.

"Semua mereka juga sudah memilih nombor lot rumah untuk diduduki," katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan di Bandar Bukit Raja di sini hari ini.

Bagi bekas pekerja ladang yang lanjut usia, beliau menambah, Kerajaan Negeri membolehkan mereka menamakan pewaris di dalam dokumen perjanjian bagi mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan.

Katanya, projek itu juga adalah salah satu dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dari Sime Darby.

"Sime Darby turut menyediakan kawasan bagi padang permainan dan dewan di kawasan ini.

"Dalam lima tahun ini kita telah selesaikan banyak kes seperti ini di beberapa kawasan lain seperti di Semenyih dan Kajang," katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads