Sabtu, 25 Mei 2013

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Cendol Bakar Kuala Selangor Kini <b>Di Dengkil</b> - Cikgu Naman

Posted: 20 May 2013 07:44 PM PDT


Pada Ahad lepas, balik je dari Seminar Buat Duit Dengan Blog, kami sekeluarga menghala ke Dengkil kerana ada urusan. Alang² dah sampai Dengkil, terasa terpanggil-panggil pulak oleh Cendol Bakar Kuala Selangor yang kini ada di Dengkil. Di Pekan Dengkil sudah ada banner Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil.



Lokasi Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil


Koordinat gps 2.859927 101.692717.

Sampai di situ, ramainya tengah beratur untuk mendapatkan semangkuk atau bermangkuk-mangkuk Cendol Bakar Kuala Selangor yang popular itu.
Yang menariknya, siap ada pandu lalu lagi..hehe. Tapi janganlah menyamakannya dengan McD atau KFC, sebaliknya akan ada seorang pekerja yang akan mengambil order dan menghantar cendol yang siap kepada pembelinya.


Agak janggal dengan cara 'layan diri'. Biasanya kalau layan diri, semuanya kita ambil sendiri pergi bayar je. Kali ni layan diri ni order dan ambil..hehe.


Akhirnya dapat juga cendol bakar yang sedap ini. Saya order 2 jenis cendol dan sepinggan tauhu untuk 2 orang.






Rasanya memang sedap. Ada rasa pahit² seakan-akan kopi mungkin kesan daripada air gulanya yang dibakar. Dengan harga yang murah, ianya sangat berbaloi-baloi untuk buat U-Turn sejauh 3km untuk balik ke Putrajaya.

Cadangan
1. Kebersihan perlu ditingkatkan lagi setaraf dengan kepopularan yang ada.
2. Buat sistem nombor. Ambil order, diberikan nombor. Jadi pelanggan² tak perlulah berpanas beratur panjang. Sistem ini ada dipraktikkan di Gerai Roti Canai di Presint 9 Putrajaya.

rumah melayu <b>di</b> paya indah wetlands <b>dengkil</b> - jalan-jalan jenahak <b>...</b>

Posted: 20 May 2013 09:48 AM PDT

Rumah Melayu ialah sebuah rumah melayu Terangganu yang dibina sebagai sebuah rumah replika yang terletak dalam kawasan konservasi di Paya Indah Wetlands Dengkil. Dibina sepenuhnya dengan bahan binaan kayu Seraya hitam. Rumah yang terletak di tepi tasik ini sangat indah dan cantik. Menurut pihak pengurusan Paya Indah Wetlands dengkil, rumah ini boleh disewa untuk aktiviti keluarga, photografi , perfileman dan perkelahan dengan kadar sewa yang berpatutan. 
Oleh kerana rumah ini terletak dalam kawasan konservasi, maka para pengunjung perlu memohon melalui Jabatan Perhilitan Paya Indah Wetlands terlebih dahulu dan dikenakan bayaran guides. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads