ads

Jumaat, 31 Mei 2013

12 di jeram - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di jeram - Google Blog Search


Belia Bangkit: Bot Ekspres Karam <b>Di Jeram</b> Berbahaya, Operasi <b>...</b>

Posted: 28 May 2013 08:22 AM PDT

Kelihatan Bangkai Bot Ekspress yang tengelam.
Lokasi bot ekspres dipercayai membawa lebih 200 penumpang yang karam Selasa terkenal kerana mempunyai jeram yang dalam dan berbahaya, kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Belaga Liwan Lagang.
Beliau berkata terdapat batu besar di dalam sungai itu di Giam Tukok, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan menghilir sungai dari bazar Belaga, dan sehingga malam ini kira-kira 21 penumpang masih hilang.
Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di Belaga, beliau berkata berdasarkan cerita mangsa yang terselamat, satu daripada batu besar di dalam sungai itu mengakibatkan bot ekspres yang sarat muatan itu menjadi senget dan akhirnya karam.
"Saya diberitahu oleh seorang daripada mangsa yang terselamat bahawa pemandu bot sebelum itu cuba mengelak daripada melanggar sebatang balak yang terapung di sungai dan ketika berbuat demikian, bahagian belakang bot itu terlanggar batu besar itu dan mengakibatkannya gagal dikawal serta menjadi senget," katanya.
Liwan, yang juga Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak, berkata beliau secara kebetulan sedang menaiki helikopter melintasi kawasan itu dari Sungai Asap, Belaga, apabila ternampak bot ekspres itu mula karam.
Beliau kemudian meminta juruterbang untuk mendaratkan helikopter itu di kawasan berdekatan tempat kejadian sebelum mengelolakan penduduk kampung dari dua rumah panjang di kawasan itu untuk menyelamatkan kira-kira 30 penumpang dan pada masa sama ada antara penumpang terbabit berjaya berenang menyelamatkan diri.
Keseluruhannya, polis Belaga mengesahkan 181 penumpang terselamat dalam tragedi itu dan menurut Liwan, antara mereka adalah kanak-kanak.
"Menurut kiraan saya terdapat lebih daripada 10 kanak-kanak yang menaiki bot itu memandangkan mereka mengikut keluarga masing-masing untuk cuti Gawai," katanya.
Liwan, yang berada kira-kira tiga jam bersama mangsa yang terselamat, memberitahu Bernama beliau akan bermalam di Belaga dan terus membantu pihak berkuasa yang berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat.
Setakat 8 malam ini, Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau, gagal dihubungi untuk mengesahkan sama ada operasi itu dihentikan malam ini.
Dalam perkembangan lain, Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot ekspres karam di Sungai Rajang dekat Belaga hari ini akan disambung awal pagi Rabu, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata sehingga 9.30 malam Selasa, polis mengesahkan 181 terselamat manakala 23 penumpang lagi dipercayai masih hilang dalam kemalangan itu selepas bot ekspres yang sarat muatan itu terhempas ke batu dan tenggelam di Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira empat jam perjalanan menghilir sungai dari Sibu.
"Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota polis dan agensi lain yang berkaitan dihentikan pada 6 petang kerana keadaan gelap," katanya kepada Bernama di Kuching.
Berdasarkan siasatan awal, beliau berkata polis percaya bot itu terlebih muatan membawa lebih 200 penumpang untuk pulang menyambut Hari Gawai.
Identiti mereka yang hilang masih samar kerana belum ada jumlah rasmi penumpang memandangkan pengusaha bot ekspres itu dipercayai tidak menyimpan senarai penumpang, katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved