ads

Selasa, 7 Mei 2013

12 di kajang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Ustaz Mohamad janji banteras masalah sosial <b>di Kajang</b> | ISMAWeb

Posted: 23 Apr 2013 08:09 PM PDT

mobis3
Kajang, 24 April – Calon Berjasa di kerusi N25 DUN Kajang, Ustaz Mohamad Ismail berjanji untuk menyelesaikan masalah sosial di Kajang ketika menyampaikan ceramah umum di Taman Sekamat, Kajang, malam tadi.

Menurut beliau, sewaktu melawat penduduk-penduduk di sini, antara isu-isu yang dibangkitkan ialah pertambahan rumah-rumah urut dan rumah-rumah pelacuran.

"Jika tuan-tuan memilih saya sebagai wakil di DUN ini, insyaAllah saya akan mengajak tuan-tuan membantu saya untuk membanteras semua gejala ini," ujar beliau sambil memetik ayat Al-Quran daripada Surah Al-Anfal, ayat ke 25 yang bermaksud,

"Peliharalah diri kamu dari azab Allah, yang tidak hanya menimpa golongan yang melakukan maksiat. Dan ketahuilah, azab Allah itu sangat dahsyat."

"Kita takut jika gejala ini berleluasa, ia akan memberi kesan buruk kepada masyarakat di DUN Kajang ini," tambah beliau lagi.

Di akhir ucapan, beliau berpesan kepada penduduk DUN Kajang supaya menunaikan solat sunat istikharah sebelum hari mengundi supaya Allah memberi petunjuk, calon manakah yang mampu untuk menjaga dunia dan akhirat mereka.

Disediakan oleh:
Hanafi Sarif
Wartawan ISMA Daerah Hulu Langat

mobis4
Suasana ceramah Berjasa di Sg Sekamat, Kajang.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved