ads

Khamis, 30 Mei 2013

12 di salak tinggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Nice to see, nice to eat: Kereta Hilang <b>di</b> ERL <b>Salak Tinggi</b>

Posted: 29 Mar 2013 05:29 AM PDT


Semalam aku dapat satu berita yang mengejutkan..Kawan aku kehilangan kereta di parking lot ERL Salak Tinggi. Dia park kereta kat situ hari Ahad malam lepas sebab nak ke Korea. Dia berlepas dari KLIA. Memandangkan hari Ahad tu baru jer lepas F1, maka haruslah kat bulatan Masjid yang menghala ke KLIA, LCCT, Salak Tinggi, Banting, Putrajaya jam gila-gila punya. Oleh sebab itu aku ada syorkan untuk parking di situ dan naik ERL terus ke KLIA. Dapat jimat masa semua.


Aku memang selalu sangat parking kat lot parking ERL Salak Tinggi tu memandangkan takde orang nak hantar aku ke epot. Dah la flight aku kadang pagi, kadang malam. Nak menyusahkan orang pun rasa tak sedap. Tawakal pada Allah jer. Ex housemate aku dulu pun bantai jugak park kat situ jugak masa pi cuti-cuti ke Bali. Seminggu lagi tinggal.


Bila dah jadi macam ni, rasa sangat-sangatlah bersalah. Sebab aku yang recommend. Rasa berdosa pun ya jugak. Bila dah buat report polis, polis pun terkejut. Sebab sepanjang tahun ni, takde lagi laporan kehilangan kereta di ERL Salak Tinggi tu. Inilah yang pertama untuk tahun 2013.


Mesti ingat kereta tu kereta mahal atau import kan? Jawapannya tidak, sebab kereta kawan aku yang hilang tu adalah kereta Proton Saga tahun 2009, bukan Saga FLX yang baru ni. Kawan aku tu siap pasang system alarm kereta yang siap pakai card lagi untuk buka. Then ada juga kawan aku yang baik hati pinjamkan lock kaki atau stereng (aku pun tak ingat) yang dia sendiri tak pakai lagi.


Condition kereta pulak, absorber agak nazak, kene gi repair. Body coot momot. Dalam kete semak. Radio biase, takde yang canggih-canggih punya. Takde modified kete buat ekzos or engine turbo ke.


Selama bertahun-tahun aku park di situ, bila time kawan aku jadi macam ni. Aku rasa bersalah sangat-sangat. Rupa-rupanya, aku tanya dengan sorang kawan aku yang duduk sini jugak, dia ada bagitau rupanya kat situ banyak kereta yang kene pecah. Hilang tu memang adalah jugak. Tak tau lepas ni nak parking mana kalau nak ke epot.
Semoga kejadian ini menjadi peringatan untuk aku diri sendiri dan pembaca setia blog ni.



0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved