Khamis, 9 Mei 2013

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


MAHAGURU58: Poster, bendera dan &#39;Janji Janji Pilihanraya&#39; <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 07:48 AM PDT

Baru baru ini saya ke Taman Permata, bersebelahan Lebuhraya MRR2 untuk singgah di pejabat PROFIMA diatas satu urusan.

Secara kebetulan, saya terlihat pelbagai macam bendera parti parti politik dipacak disana sini menggunakan buluh dan ada juga poster poster calon pilihanraya direntang atas jalan dan ada juga yang berkeronyok terbuang ditepi longkang dan laluan pejalan kaki disana.

Hati kecil saya berkata 'Alangkah malang nasib mereka yang menjadi calon calon pilihanraya! Wajah wajah mereka di poster poster PRU ke 13 ini ada kemungkinan mengalami nasib seperti poster didalam gambar di atas! 

Terbuang dan tidak dipedulikan oleh mereka yang bertanggungjawab memasang poster poster begitu pada mulanya! Bagi mereka, janji dapat duit dan upah memasang poster. Tidak ada penentuan bahawa poster poster itu akan terus terentang dengan baik dan sebagainya! 




Di antara rentangan kain sepanduk yang terdapat di Taman Permata adalah yang menjanjikan 'Pemansuhan Pinjaman PTPTN' jika Saari Sungib (PAS) dan Azmin Ali (PKR) dipilih para pengundi!

Fuyoo! Hebat tu! 

Bayangkan? Dapat belajar di Institut Pendidikan Tinggi tanpa perlu membayar apa apa pinjaman pembelajaran! Kira ditanggung sepenuhnya!

Para pensyarah dan kakitangan pentadbiran universiti dan kolej akan dibayar gaji atau tidak? Dari mana pula nak di korek sumber kewangan utuk menanggung kos kos pentadbiran institut pendidikan tinggi berkenaan, ya? 

Mesti hebat para calon Pakatan Pembangkang berkenaan yang berani menjanjikan pemansuhan pinjaman PTPTN tersebut! Selama Pakatan Pembangkang menjadi Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan sejak 2008 sehingga ke bulan lalu, 2013, adakah mereka berjaya mengotakan janji janji pilihanraya tersebut atau sekadar acah acah sahaja?

Setahu saya ada video menunjukkan mantan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim berkata 'manifesto bukan janji'! Nak buat macam mana tu? Bolehkah kita percaya lagi dengan 'janji janji kosong' seperti tertera di kain rentang di atas???



Ini lagi hebat syeh! 'Menghapuskan TOL!' Hooray! Tak payah bayar TOL lagi jika lalu di lebuhraya didalam Negeri Selangor! Errrr...siapa nak bayar gaji pekerja penyelenggaraan lebuh lebuh raya berkenaan, ha?

Dari mana sumber kewangan yang hendak digunakan bagi menanggung kos penjagaan lebuh lebuhraya berkenaan atau ... akan dibiarkan lebuhraya lebuhraya itu berlobang dan berlopak sampai menjahanamkan kenderaan kenderaan yang dipandu laju di lebuhraya berkenaan serta membahayakan nyawa para pengguna lebuhraya berkenaan?

Iyalah! Jika semua pandu percuma sahaja, dari mana si pintar berkenaan nak korek duit untuk membaikpulih dan menyelenggara lebuhraya lebuhraya tersebut???

Ana musykil ya sheh! 

Ada di antara tuan puan yang tahu rahsia kedua 'genius' calon pilihanraya ke 13 kawasan Gombak berkenaan???

Kasi kongsi lah berita ini dengan kami semua! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads