Sabtu, 29 Jun 2013

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Mysara Ab Rahman: Request : Pengalaman study <b>di</b> KPTM <b>Bangi</b>

Posted: 04 Jun 2013 02:34 PM PDT

Salam. Terlebih dahulu terima kasih buat Adik Yaya yang tinggalkan pesanan kt cbox kitew. 
KPTM stands for Kolej Poly-Tech MARA. Aku dulu study KPTM Bangi during diploma amik banking. Kenapa pilih KPTM? Tak masuk IPTA?
Mungkin bukan rezeki walaupun orang kata result SPM aku agak baik. Orang yang result kurang dari aku pun dapat. Dah bukan rezeki kan. Aku dapat jugak tawaran Politeknik tapi aku tak minat kos yang ditawarkan, Insurans.
IPTS memang ada untuk foundation tapi lepas pikir banyak-banyak kali, aku apply KPTM. Kenapa KPTM? KPTM adalah salah satu institusi pengajian under Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Masuk institusi pengajian under MARA membolehkan adik-adik dapat apply loan MARA. Sangat menguntungkan sebab tak perlu bayar full untuk pembayaran balik. Lulus 2.0 pun boleh dapat 50% diskaun inikan pulak kalau result lagi tinggi! MARA jugak provide wang saku bulanan di mana sangat berbeza dengan PTPTN. Zaman akak dulu RM630 sebulan! 
Ni gambar curik aku yang sangat FOKUS! Mih mih..
KPTM Bangi terletak bersebelahan dengan UNIKL MFI di seksyen 14 Bandar Baru Bangi menyediakan suasana pembelajaran yang sangat selesa. Lecturer kat sini pun ok. Hostel tak jauh dari kampus and ada laluan pejalan kaki disediakan. Kalau malas jalan kaki, bus and teksi pun ada.
Sebut pasal hostel, yuran hostel RM900 sebulan waktu aku sem akhir dulu. Dalam satu bilik hanya 3 orang and dah siap toilet and tempat sidai baju. 2 bilik untuk satu toilet so adik-adik akan ada toiletmate! Hee.. Malas nak basuh baju pakai tangan boleh guna washing machine tapi pastikan kumpul duit 50sen banyak-banyak ye. Dalam kawasan hostel ada cafe and nak tengok pape cerita boleh je turun kat cafe tu. Surau, tempat perbincangan kalau nak buat assignment pun ada.

Kampus kat Bangi ni sangat memudahkan pelajar. Semua kemudahan dekat je. Ke UKM pun dekat. Nak beli barang atau urusan bank sume senang. Transport utama kat seksyen 14 ni teksi.
Kualiti pengajian? KPTM menyediakan pengajian yang berkualiti and diiktiraf oleh MQA. Ramai dah senior yang berjaya and sambung sambung pengajian di IPTA, IPTS and ada jugak ke luar negara.
KPTM Bangi ni yang aku suka part Anugerah Dekan, dinner, sume kat tempat best-best. Tak da maknanya guna dewan kampus je. Contoh Anugerah Dekan waktu aku sem 5, kami ke Palace of Golden Horses. Wahh..sangat best diraikan macam gitew..
Masing-masing dah berpecah
Ada yang mencemuh sebab IPTS? Apa ingat IPTS tak boleh berjaya? Aku penah buat research untuk salah satu asssignment pasal benda ni dulu. Actually, tempat kita belajar hanya memainkan peranan kecik je untuk apply keje. Yang penting how kita bawak diri kita ni untuk cabaran luar.
Terus terang cakap even dah masuk UiTM pun aku selalu teringat kat KPTM sebab sangat best belajar kat sana dulu. Maybe disebabkan environment dia. Berbeza dengan UiTM so sape kata IPTS tak bagus?
Alhamdulillah.. Bermula dengan KPTM Bangi untuk diploma kini aku dah nak habis ijazah pun kat UiTM Segamat, Johor. Yang penting, usaha dan doa..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads