Selasa, 18 Jun 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


10,000 DVD cetak rompak dirampas <b>di Cheras</b> ABN News | BM

Posted: 11 Jun 2013 07:24 AM PDT

KUALA LUMPUR – Polis merampas kira-kira 10,000 keping DVD cetak rompak dan peralatan memproses video cetak rompak bernilai RM100,000, yang terbesar tahun ini, selepas menyerbu sebuah rumah di Bandar Damai Perdana, Cheras di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 2.45 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai pekerja untuk sindiket memproses DVD cetak rompak itu.

"Peralatan yang dirampas dalam serbuan itu ialah 15 unit pemprosesan komputer (CPU) yang mengandungi 165 unit pembakar CD (burner), sebuah televisyen, sebuah pemain DVD serta lima bungkus 'master tape original'," kata Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Bercakap kepada pemberita di lokasi serbuan itu di sini, beliau berkata siasatan awal polis mendapati sindiket itu menyewa rumah teres dua tingkat berkenaan untuk dijadikan tempat memproses dan mencetak pelbagai tajuk DVD cetak rompak.

"Dalam tempoh lima jam sebanyak 3,000 keping DVD bernilai kira-kira RM24,000 hingga RM30,000 dapat dihasilkan setiap hari menggunakan 15 unit CPU yang setiap satunya mempunyai 11 unit burner," katanya.

Beliau berkata, polis percaya sindiket itu telah beroperasi selama dua tahun dan melindungi kegiatan mereka daripada dihidu dengan memasang penyaring udara di bilik pemprosesan bagi memastikan bau yang terhasil ketika proses itu dapat dilupuskan.

Mohd Rodwan berkata, DVD cetak rompak itu akan dihantar kepada penjual tetap di sekitar Lembah Klang, Melaka, Johor Bahru, Perak, Sabah dan Sarawak yang telah membuat tempahan.         

"Mereka bukan proses dan jual ke pasar malam sebaliknya mereka proses untuk bekalan penjual manakala penjual itu sendiri yang akan menjual DVD berkenaan ke pasar-pasar malam dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, polis percaya terdapat dua pekerja di premis berkenaan dan polis kini mengesan seorang lagi suspek. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads