Jumaat, 28 Jun 2013

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Kualiti udara <b>di</b> Selangor makin merosot, Pelabuhan <b>Klang</b> paling <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2013 06:50 PM PDT

SUBANG JAYA – Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang yang berada pada tahap Bahaya sejak semalam terus meningkat kepada 487 pada 7 pagi ini berbanding 319 petang semalam.

Kualiti udara bagi keseluruhan kawasan di Selangor juga terus merosot dan berada pada tahap Sangat Tidak Sihat.

IPU di Banting pagi ini mencatatkan bacaan 292, Shah Alam 289, Kuala Selangor 242 dan Petaling Jaya 213.

Satu lagi kawasan yang mencatat bacaan IPU Sangat Tidak Sihat ialah Seri Manjung dengan bacaan IPU 282.

Kawasan-kawasan lain di Perak juga mengalami jerebu tebal di paras Tidak Sihat iaitu SK Jalan Pegoh, Ipoh (182), Tanjung Malim (175), Jalan Tasek, Ipoh (139) dan Taiping (142).

Keadaan jerebu tebal di Kuala Lumpur juga tidak banyak berubah dengan kawasan Batu Muda mencatatkan IPU 198 dan Cheras (186).

Pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya juga mencatatkan bacaan IPU Tidak Sihat iaitu 195.

Dalam pada itu, Negeri Sembilan dan Melaka juga terus mencatatkan IPU Tidak Sihat.

Port Dickson berada pada bacaan 171, Seremban (165, manakala Nilai (177).

Melaka pula mencatatkan IPU 160 di Bandaraya Melaka dan 135 di Bukit Rambai.

Pada masa sama, Pulau Pinang juga mencatatkan bacaan IPU Tidak Sihat di Perai (118), Seberang Jaya 2 (132) dan Universiti Sains Malaysia (121).

Sementara itu, Muar merupakan satu-satunya kawasan di Johor yang mencatatkan IPU Tidak Sihat dengan bacaan 165 pagi ini.

Lain kawasan berada pada IPU Sederhana iaitu Kota Tinggi (62), Larkin Lama (82) dan Pasir Gudang (68).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads